CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

7 Hari Masuk Wad, Zizi Kirana Syukur Suami Ada Di Sisi 24 Jam

16-11-2021 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5077| Komen: 25

Selama tujuh hari dirawat di sebuah pusat perubatan akibat kekurangan darah, penyanyi Zizi Kirana memberitahu keadaannya semakin stabil.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, berkata, doktor memberitahu dia mengalami masalah di bahagian perut yang menyebabkan dirinya kekurangan darah.

Bagaimanapun, penyanyi lagu EH ini berkata, dia dibenarkan pulang pada Selasa.


Foto: IG

"Saya okay Alhamdulillah, kena warded selama tujuh hari. Hari ini (Selasa) doktor sudah benarkan saya keluar.

"Sebenarnya saya ada masalah sikit di bahagian perut yang menyebabkan saya jadi kurang darah, pening dan sesak nafas.

"Sekarang stabil sikit dari semalam-semalam. Alhamdulillah juga Mummy saya dari Sabah datang, bapa dan mak mentua datang dari Melaka.

"Selama berada dalam ward ni saya dah kena tambah dua pain darah," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Zizi berkata, dia dinasihatkan untuk berehat daripada melakukan sebarang pekerjaannya sehingga benar-benar pulih.

Dia juga bersyukur suami dapat menemani dirinya ketika berhadapan dengan situasi cemas tersebut.



"InsyaAllah lepas sudah rehat ni okay la sebab doktor cakap aku betul-betul kena bed rest. Tidak boleh langsung bekerja.

"Yusuf dari awal sampai la hari ini, 24 jam ada di sebelah, risau betul dia ni, nasib la hospital sekarang boleh ada penjaga.



"Tapi tu la, dalam dia risau tu dia juga yang berikan semangat suruh aku jangan berhenti zikir, doa dan istighfar," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 16-11-2021 01:13 PM
get well soon dan selamat melambung2 atas katil sampai ke syiling atau atap rumah jiran...

jangan lupa selesaikan urusan duniawi dengan dato rafiena hidung corong resdong tu...
sian orang tu dah kena reshoot dan keluar duit balik...
Quote rbmy 16-11-2021 01:54 PM
alhamdulillah semoga bang  suami menemani smpai syurga
Quote helicornia 16-11-2021 02:41 PM
start dah kapel ni... mula2 kawin tu mcm suka jugak
ni belum peknen beranak lagi
muntah acik forum baca
Quote awex^returns 16-11-2021 02:58 PM
dudaberhias replied at 16-11-2021 01:13 PM
get well soon dan selamat melambung2 atas katil sampai ke syiling atau atap rumah jiran...

jangan l ...

tiap kali baca post ko memang tak pernah tak lawak kan
hahahahaha

tetiber aku rindu TokPit

siapa tahu mana dia gi, kat IG pun takde dah
Quote makadek 16-11-2021 03:01 PM
Mulaaaa dah nk terpalingg ke sana ke mari
Acah2 keluarga sakinah mawaddah warrahmah...syurga tu ko booking sorang la ehhhhhh
Quote Masukkeluar 16-11-2021 03:04 PM
dh namanya suami ko, so kena la teman. apoo
Quote dealova04 16-11-2021 03:09 PM
sakit apo tu kt bhgn perut dan kurang darah eh? sape tau?
Quote ketambangkang 16-11-2021 03:15 PM
dealova04 replied at 16-11-2021 03:09 PM
sakit apo tu kt bhgn perut dan kurang darah eh? sape tau?

sakit puan rasanya..berkaitan rahim, ovari semua tu la..kekadang akn bleeding dlm jangkamasa lama mcm period gitu, tu yg bole sebabkan kurg drh
Quote Pujangga22 16-11-2021 03:19 PM
dealova04 replied at 16-11-2021 03:09 PM
sakit apo tu kt bhgn perut dan kurang darah eh? sape tau?

bleeding kat usus kot
Quote dealova04 16-11-2021 03:22 PM
ketambangkang replied at 16-11-2021 03:15 PM
sakit puan rasanya..berkaitan rahim, ovari semua tu la..kekadang akn bleeding dlm jangkamasa lama  ...

oic.. kalau period/bleeding lama tu kesian kt usop..baru kawen leh tgk je gamaknyer..lama nk menunggu
Quote dealova04 16-11-2021 03:23 PM

uishhh.. bahaya tu kalau berkaitan usus
Quote Shayang 16-11-2021 03:33 PM
ketambangkang replied at 16-11-2021 03:15 PM
sakit puan rasanya..berkaitan rahim, ovari semua tu la..kekadang akn bleeding dlm jangkamasa lama  ...

Dia pun dah berumur moga takde masalah yg memudaratkan laa utk dia membiak.
Quote rbmy 16-11-2021 04:02 PM
ketambangkang replied at 16-11-2021 03:15 PM
sakit puan rasanya..berkaitan rahim, ovari semua tu la..kekadang akn bleeding dlm jangkamasa lama  ...

untungla hospital private cer masuk kerajaan menunggu la usop kat parking aaaa tak bole masuk time2 kobis ni
Quote kuchenta_81 16-11-2021 04:25 PM
rbmy replied at 16-11-2021 04:02 PM
untungla hospital private cer masuk kerajaan menunggu la usop kat parking aaaa tak bole masuk time ...

Memang la 24jam usop tu menunggu sebab once masuk, kena swab pastu kau duduk la dalam ward sampai bini keluar hahadah masuk teman bini memang takleh keluar masuk dah.
Quote Miss_LoveLeen 16-11-2021 04:43 PM
Kebetulan pulak penyakit tu dtg dekat2 time nk kena perform kat ABPH ye. Nasib dpt detect awal. Semoga cpt sembuh zizi.
Quote selipar_hijau 16-11-2021 05:16 PM
Ingatkan mark adam tadi
Quote lattehazelnut 16-11-2021 06:19 PM
Miss_LoveLeen replied at 16-11-2021 04:43 PM
Kebetulan pulak penyakit tu dtg dekat2 time nk kena perform kat ABPH ye. Nasib dpt detect awal. Semo ...

Kan.. kalau xnak perform / berlakon ke apa tolak je la sume tawaran.
Quote TerataiMelur02 16-11-2021 06:47 PM
dudaberhias replied at 16-11-2021 01:13 PM
get well soon dan selamat melambung2 atas katil sampai ke syiling atau atap rumah jiran...

jangan l ...

Selain kurex.. Laharan dari kak duda tak pernah mengecewakan
Quote Miss_LoveLeen 16-11-2021 09:58 PM
lattehazelnut replied at 16-11-2021 06:19 PM
Kan.. kalau xnak perform / berlakon ke apa tolak je la sume tawaran.

Sheshuatu shangat khenzz.. jenis2 gini la bila dah tua suka nk buat comeback. Seeloknya sebelum bersara selesaikan la kerja2 yg x abis tu dulu. x de la bersara dgn kontroversi & buat org kecam. Sblm2 ni x de apa isu kecuali seksi, dah berhijrah jd byk gitu gini pulak. Hopefully dia ni istikomah la dgn keputusan yg dia buat.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054995 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top