Ahli perniagaan dan selebriti kontroversi Safiey Illias sekali lagi bakal berdepan tindakan saman daripada seorang individu yang dikenalinya.
Safiey, 27, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata, surat tuntutan itu diterima pada 21 Oktober lalu daripada Tribunal Pengurusan Strata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. "Ya, betul saya sekali lagi akan disaman. Kali ini membabitkan kes tribunal pengurusan strata pula. Apabila mendapat surat tuntutan itu, saya tak terkejut dan sudah menjangka perkara ini. "Buat masa sekarang, saya tak nak ulas panjang. Biarlah mahkamah akan tentukan nanti. Saya bersedia untuk berikan segala kerjasama. Jangan risau, saya takkan ke luar negara," katanya.
Menerusi surat yang dihantar, tuntutan di atas akan didengar pada Khamis ini di Mahkamah TPPS Kuala Lumpur, Bangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bukit Damansara, di sini. Terdahulu, pada Mei lalu Safiey berdepan hukuman penjara selama tujuh tahun atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Instafamous dikenali sebagai Baby Ara pada 2018. Harian Metro melaporkan, Safiey yang juga penyanyi lagu Syinta Gila mengaku bersalah dan tidak mahu memanjangkan lagi isu ini. Bagaimanapun, Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda. Mahkamah juga membenarkan ikat jamin kepada pertuduhan kes sebelum ini sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dudaberhias replied at 16-11-2021 12:59 PM
mesti kes agen bayar duit sekian2 tapi stok tak dapat macam si sajat dan ayuniesoo...
keje dok pelah ...
prettyuglybabe replied at 16-11-2021 01:24 PM
bukan saman beli barang tak dapat..
tengok kes tribunal perumahan pengurusan strata..
berkaitan jua ...
caprut replied at 16-11-2021 01:48 PM
So kes dia dgn baby ara kata kena msok pnjara. Tp da msok pnjara ke belom?
trexxxxxi replied at 16-11-2021 06:53 PM
Gambar tu muka latest heshe ker?
ADVERTISEMENT