CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Mengapa Sahur Berlebihan Buruk Untuk Badan

23-6-2015 10:24 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2677| Komen: 0

oleh Fyruz


Sahur sememangnya dituntut supaya umat muslim kekal cergas dan cerdas sepanjang hari. Oleh kerana kita tak boleh makan apabila terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari selalunya sahur disalah tafsir menjadi tempat kita makan tak ingat dan kadang-kadang sehingga susah mengerjakan solat subuh.

Sewaktu kecil juga kita sering diberitahu ibu bapa dan mereka selalu menyuruh kita makan dengan banyak sewaktu sahur untuk menahan lapar pada siang hari. Tahukah sebenarnya perkara itu salah? 

Ini kerana makan berlebihan ketika sahur sebenarnya menyebabkan kita menjadi tidak produktif kerana perut mempunyai kapisiti yang terhad untuk menampung makanan.


Makan secara berlebihan akan membuat kadar gula dalam badan meningkat secara mendadak. Keadaan ini akan merangsang hormon lain bertindakbalas sehinggakan anda menjadi mengantuk.

Menurut Dr Ari Fahrial Syam, Doktor Gastroenterologi Indonesia berkata, makanan yang dimakan seberapa banyak tetap akan habis dijana selama 6 hingga 8 jam. Ia tidak akan memberikan anda kekal kenyang berpanjangan.

Sama seperti ketika berpuasa. “Makan pun tidak boleh berlebihan apalagi kita akan melaksanakan rangkaian ibadah lain, antara lain salat Tarawih,” ujarnya kepada CNN.

Tambahnya lagi, puasa sendiri sebenarnya memberi kesempatan untuk mengurangkan kuantiti makanan yang dimakan disamping mengurangkan kalori dan ini dibuktikan oleh beberapa pesakit yang berpuasa yang mendapat manfaat daripada ibadah puasa tersebut.


sumber: CNN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056316 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top