Penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar membuat pendedahan mengejutkan mengenai pengalaman lalu dan tidak menafikan dirinya pernah ditawarkan sejumlah wang lumayan dengan imbuhan bulan bintang. Kata Azharina atau mesra disapa Nina, 36, di awal pembabitannya dalam bidang nyanyian sudah tentulah banyak yang cuba ambil kesempatan dan itu adalah asam garam kehidupan sebagai artis. “Saya sebenarnya agak tersekat disebabkan karier yang digalas. Saya tidak boleh kasar dan kurang ajar meski pun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga. “Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam jadi artis,” ujarnya seperti yang dilaporkan di Utusan.com.
Mengulas lanjut hal tersebut, juara Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu bukanlah orang yang sebegitu. Katanya, selalu pembantu peribadinya yang akan tolong jawabkan. “Tapi kalau ajakan seumpama itu depan muka saya, saya cakap saya bukan orang begitu. Tetapi itulah, sebagai artis cakap begini salah cakap begitu pun salah. “Namun saya percaya hal ini berlaku di mana-mana sahaja. Sebagai perempuan, kena pandai bawa diri dalam kerjaya dan untuk mencapai apa yang diinginkan. Jangan biarkan orang ambil kesempatan dengan kita,” tegasnya. Lebih mengejutkan, Azharina berkata pernah menyaksikan sendiri di mana situasi ada penyanyi kena tidur dengan komposer berkenaan hanya untuk album atau bakal dijadikan artis. “Namun saya tidak tahu kesahihan itu sejauh mana. Saya rasa dia (kawan) pun terus menjauhkan diri dengan komposer tersebut selepas kejadian itu,” tambahnya. Macam-macam dugaan ya bila bergelar artis, kalau tak kuat iman memang habis. Siapa lah agaknya yang tidur dengan komposer itu, harap-harap ianya hanya sekadar khabar angin. - CARI |
ashilalat replied at 15-11-2021 10:42 AM
By the way, 500k mcm tinggi sangat utk dia. 500 pon lom tentu ada yg nak pompuan jenis gemok air ni. ...
mewo replied at 15-11-2021 10:43 AM
Rm500k?? wow... Maya karin tu baru RM2K++ zaman awal dulu..
aisyamedina replied at 15-11-2021 10:59 AM
Seriuslaa kak..maya karin pon haritu cite 2k lebih je..takkan al akak 500k..mane maunyeee [em:3:]
ADVERTISEMENT