CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah,"-Sanusi Panas Hati Dengan TMJ, Perang Mulut Hangatkan Aksi JDT-Kedah

15-11-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3704| Komen: 18

Perang mulut antara pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghangatkan lagi pertemuan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan JDT malam ini.


Isu bermula apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) membangkitkan isu tunggakan gaji membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang dilaporkan sudah tertunggak selama dua bulan.

Tunku Ismail menempelak pengurusan KDA yang didakwa tidak serius menguruskan kebajikan pemain setelah tunggakan itu diselesaikan apabila hendak berdepan JDT.

Foto: Awani

“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol,” tulis Tunku Ismail.


Teguran pedas Tunku Ismail itu tidak disenangi Sanusi yang akhirnya memberi maklum balas menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya.

Susulan komen itu, Sanusi tampil memberi penjelasan bahawa pihaknya baru sahaja menyelesaikan tunggakan gaji pemain Kedah.


“La ni bulan sebelas dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia,” tulis Sanusi.

Sebelum ini, heboh diperkatakan mengenai tunggakan gaji membabitkan pemain KDA yang didakwa tidak dibayar selama dua bulan.

Bagaimanapun, Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak akhirnya mendapat perkhabaran gembira menjelang aksi menentang JDT dalam aksi suku akhir Piala Malaysia apabila pengurusan KDA sudah menjelaskan tunggakan tersebut.

Biarpun sudah menjelaskan tunggakan itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah dengan mengingatkannya supaya menjaga kebajikan pemain dan rakyat.

“Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. ‘Well done‘, jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar,” kata Tunku Ismail di laman sosial.



Komen Tunku Mahkota Johor yang seakan menyindirnya sekali lagi dibalas Sanusi menjadikan keadaan lebih tegang.

“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi…Diet apa diet?,” tulis Sanusi. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-11-2021 09:40 AM
Elok la depa ni dah mcm founder timbang kilo bikin isu sensasi nak raih perhatian.. lapaq perhatian kot nohhh??
Quote helicornia 15-11-2021 09:44 AM
mmg biadap ye.wpun anak raja ak bole ke cakap elok2 dgn org tua
Quote babelina 15-11-2021 09:45 AM
wat malu jer yg besar2 dok gaduh kt socmed..
Quote Skuau 15-11-2021 11:51 AM
kek Msia ni...apa2 kes..banyak yg gaduh dulu....selesai kemudian...apa masalah selesaikan jer xyah gaduh2.Payah nau....
Quote mawarika 15-11-2021 12:00 PM
So kalau anak raja mmg boleh biadap dgn org tua? Contoh yg x baik pd netizen. Tak heran aku kalau dr negera isketambola.  Meluat aku. Seamus kena sembah ratu.
Quote putericahaya999 15-11-2021 01:36 PM
Seronoknya ada org lawan
Kalau ss menikus je
Quote Orix 15-11-2021 02:03 PM
elok la masing2 bergasak....
Quote epal_putih 15-11-2021 02:03 PM
Quote aHoi83 15-11-2021 02:04 PM
Pak tak teguq biaq org kedah yg hamun
Quote Babai 15-11-2021 02:09 PM
aHoi83 replied at 15-11-2021 02:04 PM
Pak tak teguq biaq org kedah yg hamun

Hahahahaha
Quote Babai 15-11-2021 02:10 PM
ninnamina replied at 15-11-2021 01:53 PM
Aku pun suka je kalau ada yg berani lawan org kayangan ni.. diorg kene ingat tak da siapa pun  privi ...

Setuju jugak
Quote capiloton 15-11-2021 02:10 PM
Edited by capiloton at 15-11-2021 02:13 PM

ni mesti ada player kedah report kat player johor la nih.
neymar kedah pun ada kat JDT

TMJ ni pengerusi MSL kan? jadi dia ada hak sound kedah.
kesian ler player tak bergaji 2 bulan,
keringat orang tu ko perah, gaji taknak bayar.
nama jer liga professional, gaji pun tak mampu bayar.
Quote ezacbee 15-11-2021 02:15 PM
ninnamina replied at 15-11-2021 01:53 PM
Aku pun suka je kalau ada yg berani lawan org kayangan ni.. diorg kene ingat tak da siapa pun  privi ...

Kalau orang biasa dah ke dalam.
Quote NazRysha 15-11-2021 02:26 PM
helicornia replied at 15-11-2021 09:44 AM
mmg biadap ye.wpun anak raja ak bole ke cakap elok2 dgn org tua

betoi wei
tak reti ke ckp baik2 dgn org tua
Quote -Suri- 15-11-2021 02:55 PM
Hah, gaduh lagi, gaduh
Quote tripleid 15-11-2021 03:20 PM
dedua ekoq terserlah kebebalan masing2..

[fbp]https://www.facebook.com/muhammadsanusi.mdnor/posts/4845780515446438[/fbp]
Quote kitmal 15-11-2021 10:26 PM
kata kata melambangkan kecerdikan
Quote edee_91 15-11-2021 10:31 PM
ninnamina replied at 15-11-2021 01:53 PM
Aku pun suka je kalau ada yg berani lawan org kayangan ni.. diorg kene ingat tak da siapa pun  privi ...

wow statement panas. aku suka.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041396 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top