CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nampak UFO Bentuk Ikan

15-11-2021 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2490| Komen: 14

Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang menyerupai seekor ikan dikesan di langit kepulauan Florida Keys, Amerika Syarikat serta mengelirukan pemburu makhluk asing, lapor akhbar Daily Star.


Kumpulan tersebut yakin bahawa objek yang digelar ‘flying fish’ itu merupakan sebuah kapal angkasa milik makhluk asing.

Seorang pakar makhluk asing dari laman UFOsightingsdaily.com, Scott Waring memuat naik imej ‘ikan terbang’ tersebut dan mendakwa ia merupakan saiz sebuah bas di kawasan bandar.


Foto: UFOsightingsdaily.com

“Satu perkara yang saya sedari daripada kajian sejak beberapa puluh tahun lalu adalah, banyak struktur makhluk asing di bulan dan planet malah UFO kadangkala menyerupai makhluk dari alam semula jadi.


“Namun, UFO ini merupakan yang pertama seumpamanya yang saya lihat dalam tempoh lebih 30 tahun,” katanya.

Waring berkata, objek yang dikesan itu mempunyai dua mata gelap dan sirip di bahagian atas dan bawah badannya, serta satu sirip nipis dan kecil di bahagian belakang.

“Ia sudah tentu datang dari pangkalan dasar laut di kawasan itu,” katanya.

Walaupun ‘kelibat makhluk asing’ sering dilaporkan di Florida, sehingga kini, tiada bukti kukuh ditemui yang mengesahkan bahawa dakwaan kapal angkasa yang dilihat adalah benar.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 15-11-2021 09:18 AM
mereka ja nampak UFO....sini sabah tak ada pun....paling paling pilak
Quote Thunderclouds 15-11-2021 09:24 AM
Mesia byk antu. US sana byk alien.
Quote tikusmontok 15-11-2021 09:31 AM
Ikan apa? Siakap ke?
Quote FOTHER-MUCKER 15-11-2021 09:41 AM
Ikan memang biasa di terbangkan di udara.
Quote buragazz 15-11-2021 11:10 AM
Klu UFO takde le tempat lain.. nampak sangat...
Quote Artemesiaa 15-11-2021 11:14 AM
Bukan ke ada jutawan itu hari kata mana ada alien mohong je katanya
Quote Daiken 15-11-2021 11:41 AM
skali lagi...tiap kali ufo kelihatan..kenapa gambar takder HD ker...ke time ufo datang diaorang bawak nokia 3210 tangkap
Quote Dwdrum 15-11-2021 11:43 AM
Mungkin species burung besar lepas dunked tangkap ikan.. And basah depa kata  UFO bentuk ikan
Quote izanagi 15-11-2021 11:51 AM
Alien dekat US ialah immigrant yg cross border dari mexico
Quote lipans 15-11-2021 12:30 PM
habuk kat lense tu
Quote TabletSusu 15-11-2021 12:36 PM
kenapa aku nampak benda alah tu mcm pakai spek hitam?
Quote makneng 15-11-2021 01:08 PM
Ikan kat abpbh kot... Ahhh ko ignore je..
Quote KamikuP 15-11-2021 02:09 PM
Itu bukan alien.. itu ritrud terbANG
Quote Skuau 15-11-2021 03:32 PM
Simunggu replied at 15-11-2021 09:18 AM
mereka ja nampak UFO....sini sabah tak ada pun....paling paling pilak

pilak..punca/sb alien xnk datang Sabah...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040216 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top