CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Hamil Mengidam Nak Jadi Pengantin, Diarak Satu Kampung

15-11-2021 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1626| Komen: 1

Seorang wanita yang sedang hamil anak kedua di Indonesia mengidam untuk bersanding sekali lagi sambil diarak mengelilingi kampungnya, lapor laman berita Suara.com.


Video aksi pasangan pengantin itu yang dimuat naik oleh  pemilik akaun TikTok @singamanja_slebeww menjadi tular di media sosial.

Malah, dalam klip video itu juga, pasangan pengantin itu turut dilihat membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak sulung mereka.


Foto: TikTok

“Mengidam anak kedua, mahu jadi pengantin. Seronok sangat dibawa mengelilingi kampung,” demikian kenyataan dimuat naik bersama video itu.


Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan.

“Asalkan jangan menidam untuk ganti suami ya puan,” komen seorang netizen.


“Akhirnya anaknya boleh menghadiri majlis pernikahan kedua orang tuanya,” komen seorang netizen lain.

Video tersebut sehingga kini sudah ditonton sebanyak 2.2 juta kali dan memperoleh lebih  212,000 tanda suka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 15-11-2021 09:38 AM
Indon again? Nothing new

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.029575 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top