Orang ramai dinasihatkan ambil langkah berjaga-jaga apabila terdapat kes penyakit kolera (taun) dilaporkan di negeri Selangor.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Twitternya berkata, beliau meminta orang ramai supaya mengambil tindakan proaktif untuk melindungi diri, susulan satu kes kolera dikesan di daerah Petaling. “Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor. “Orang awam dinasihati hanya minum air dirawat atau didihkan, jaga kebersihan diri serta jangan makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna,” katanya di Twitter hari ini.
Tambahnya, maklumat lanjut berkenaan perkara itu akan diberitahu dalam masa terdekat. – CARI Sumber: Kosmo
|
asudau replied at 15-11-2021 09:49 AM
kena elak beli air balang kat tepi2 jalan dan pasar-pasar malam la..selalunya depa pakai air paip yg ...
asudau: kena elak beli air balang kat ...
Samerosie replied at 15-11-2021 10:14 AM
Selalu dengar kes taun berlaku kat tempat atau negeri yg rajin banjir. Petaling ni kira urban juga ...
prettyuglybabe replied at 15-11-2021 10:29 AM
belah bandar urban la..
kalau dah sampai ke kapar, paya jaras, meru, taman medan semua, takde urba ...
Decaffeinated replied at 15-11-2021 12:09 PM
Ais dari kilang tu pun tak masak guys. So, order minuman panas ja.
alepmama replied at 15-11-2021 01:59 AM
kan...trending air kopi potong kaki sekarang
ADVERTISEMENT