CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seminggu Lagi Haqiem Rusli Nak Kahwin, Dah Buat Lagu Untuk Bakal Isteri

15-11-2021 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5994| Komen: 59

Kurang seminggu lagi penyanyi Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang identitinya masih menjadi tanda tanya.

Haqiem mengejutkan para peminatnya yang menonton siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) dengan berita gembira itu apabila mengumumkan bakal bernikah pada 19 November ini.


Foto: IG

"Pada 19 November ini saya akan bernikah, minta doa yang baik-baik," katanya ringkas.

Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, sebelum itu diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi ABPBH34.




Dalam pada itu Haqiem berkata pada hari bahagiannya itu dia bakal melancarkan sebuah lagu istimewa sebagai kenang-kenangan.

"Pada hari itu juga saya akan lancarkan satu lagu khas untuk kami nanti," katanya.



Pada 30 Mei lalu Haqiem berkongsi hasratnya untuk berkahwin menerusi sesi Instagram live yang dibuat kira-kira pukul 2 pagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 15-11-2021 08:34 AM
tahniah lahh dik qiqi.. bila nk tunjuk bakal isteri tu?
Quote maharani_gebu 15-11-2021 08:43 AM
23 tahun... mudanya nak settle down.. akak dulu 23 tahun masih gigih bersidai sana sini tadah embun malam dik.... mujur hakak dah insof sekarang...
Quote LostStar 15-11-2021 09:20 AM
23 omg.. daku tika 23 baru nk cari keja..hihi... apapon tahniah la naaaaa
Quote yayarin 15-11-2021 09:34 AM
tahniah. moga berkekalan
Quote kembarsiti 15-11-2021 09:48 AM
23 mmg muda lagi. Tapi tgk individu yg mcm dak qieqie ni, mmg sejenis akan settle down cpt once dh jumpa yg berkenan...nak halalkan cepat2 supaya halal cpt2
Quote Suchi 15-11-2021 09:49 AM
LostStar replied at 15-11-2021 09:20 AM
23 omg.. daku tika 23 baru nk cari keja..hihi... apapon tahniah la naaaaa

Lelaki 23 tahun mmg kita rasa muda kan, nak plak bebudak skrg ni.
Tp ramai lak yg kawen muda, bezanya bebudak skrg ni muda2 dh jana pendapatan yg byk so bab kewangan tu maybe bkn masalah paling besar bg dorang.
Bab melayari rumah tangga tu moga baik2 ajalaa
Quote mizruncing 15-11-2021 10:11 AM
tak sabar nk tgk bakal bini nyaa. untung dpt dia sbb macam2 dah ada
Quote ketupatnasi 15-11-2021 10:54 AM
Ke nikah dalam pilem or drama je dekk??
Apapun tahniah.

Umo 23 yang aku ingat masa tu kije beli setem dengan evelop dah start sana sini pos resume. Langgan sokabar semata nak tengok kije kosong.
Quote anony-mous 15-11-2021 10:56 AM
lasagna replied at 15-11-2021 08:34 AM
tahniah lahh dik qiqi.. bila nk tunjuk bakal isteri tu?

Bukan ke masa tunang tu heboh dkt porem yg prempuan free hair tu? Seksi jugak la. Kemain tutup aurat org lain ujung2 bakal isteri seksi. Tp xtau la kalau esok2 dah kahwin kena paksa katup aurat oleh heols
Quote lil_sparky 15-11-2021 11:45 AM
Nikah dlm video clip ka?
Quote MistrezHermanaz 15-11-2021 11:47 AM
dia dh umum kan 19hb akad nikah, esokkan nya resepsi
Quote 3chanceno 15-11-2021 11:53 AM
Dah announced masa menang award, baru hari ini ada benang dak nie nak kawin?? sapo yang sesendu aidilfitri nie?

Tahniah dik kalau nak nikah jgn troll nikah untuk mv sudah ler

@dudaberhias tak nengok acara gilang gemilang eh??
Quote zaraaqilah 15-11-2021 11:55 AM
apapun semoga berbahagia dikk...seru dah sampai
Quote fealefea 15-11-2021 11:57 AM
dah kawin nanti tak depress. stress pulak anak asik tarik spek.
Quote ketambangkang 15-11-2021 12:33 PM
bini dia geng2 Shaza Leez ke tu? sbb aqiem ni baik ngan bf Shaza Leez
Quote MawarBerduri87 15-11-2021 12:33 PM
yahuuuuuuuuuuuuuuuu selamat pengantin baru
Quote missmeornot 15-11-2021 12:37 PM
anony-mous replied at 15-11-2021 10:56 AM
Bukan ke masa tunang tu heboh dkt porem yg prempuan free hair tu? Seksi jugak la. Kemain tutup aur ...

tengok org share kat ig budak tu bertudung. xtau la kalau baru bertudung almaklumlah dh nak kawen kan
Quote Kurex 15-11-2021 12:51 PM
Bakalan sendu
Quote badai 15-11-2021 12:58 PM
Gedikkk ????????????

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.074043 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top