Keretaku rumahku. Begitulah nasib sebuah keluarga apabila terpaksa menumpang teduh di dalam kereta selama lebih sebulan apabila mereka diusir keluar daripada rumah sewa.
Menerusi kemas kini di Facebook Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), lelaki dikenali sebagai Nizam berkata dia dia hanya mampu menjadikan kereta miliknya sebagai tempat untuk isteri dan anak kecilnya berteduh kerana tidak mampu menanggung kos sewa bulanan akibat kehilangan punca pendapatan. Jelasnya dia akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain demi untuk mencari tempat parkir yang selamat buat mereka sekeluarga bermalam.
Nizam yang kehilangan kerja disebabkan pandemik Covid-19 terpaksa bergantung kepada wang yang dikeluarkan melalui skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung perbelanjaan harian mereka. "Sungguhpun ketua keluarga ini kehilangan punca pendapatan sejak pandemik, sara hidup mereka bergantung dengan wang KWSP yang dibenarkan pengeluarannya oleh kerajaan sebelum ini. "Namun mereka mulai bimbang apabila bantuan yang diterima tersebut telahpun ditamatkan," tulis Baitulmal MAIWP. Nizam dan keluarganya ditemui di perkarangan sebuah masjid ketika mereka berhenti berehat serta menunaikan solat. Keluarga ini bagaimanapun kini boleh menarik nafas lega apabila nama dicadangkan untuk menerima bantuan sara hidup daripada Baitulmal MAIWP dalam masa terdekat. "Kami sempat menasihati ketua keluarga ini agar berusaha mencari kediaman yang lebih selesa sementara deposit dan sewa bulanannya akan dibantu oleh MAIWP," tulis mereka. -CARI Sumber: mStar Online
|
slyfynx replied at 12-11-2021 04:01 PM
Harapnye lepas ni berusaha lah untuk support family.
Dan semoga dipermudah semua
Adrif replied at 12-11-2021 04:06 PM
kenapa ya
jiwa malaysiaku oh tanah bawang ku membuak-buak untuk kepochi
slyfynx replied at 12-11-2021 04:01 PM
Harapnye lepas ni berusaha lah untuk support family.
Dan semoga dipermudah semua
slyfynx replied at 12-11-2021 04:01 PM
Harapnye lepas ni berusaha lah untuk support family.
Dan semoga dipermudah semua
domestobot replied at 12-11-2021 05:23 PM
ingatkan aku sorang je yang benci perkataan2 yang amik dari Indon ni. macam kita kat Malaysia takd ...
Minami2013 replied at 12-11-2021 05:57 PM
Kesian.. moga dipermudahkan. Nampak lelaki tu mcm dah berumur. Biasanya mmg susah lah nk dpt kerja s ...
Adrif replied at 12-11-2021 04:06 PM
kenapa ya
jiwa malaysiaku oh tanah bawang ku membuak-buak untuk kepochi
ADVERTISEMENT