CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Dah Hamil, Harith Zazman Abadi Momen Dalam MV

12-11-2021 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3986| Komen: 19

Selepas kejayaan lagu Cute (Stop Lah So Being Cute) pada tahun lalu, penyanyi Harith Zazman kini muncul dengan single solo terbaharu berjudul Shut Up.

Istimewanya untuk video muzik (MV) kali ini, Harith atau nama sebenar Mohamad Harith Saifuzzaman, 27, berkongsi mengenai kehamilan isterinya, Nuramalina Ghakashah.


Foto: IG

"Hari ini (Jumaat) dilancarkan MV rasmi lagu ini. Dalam MV itu saya juga berkongsi mengenai kehamilan isteri yang merupakan salah satu eleman utama kejutan.

"Alhamdulillah isteri saya sudah hamil. Saya abadikan berita gembira itu dalam MV lagu baharu... ada babak di mana isteri saya nampak mengandung, kena tengok betul-betul.


"Satu pengalaman yang cukup menarik sepanjang penghasilan MV ini, idea dan jalan cerita MV daripada pengarah, Hafreez Amminuddin atau Freeze... ia mengenai pasangan alien yang cuba memujuk isterinya," katanya kepada mStar.



Harith dan Nuramalina selamat disatukan sebagai suami isteri di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor pada 28 Ogos lalu.

Difahamkan usia kandungan isterinya kini memasuki tiga bulan dan berada dalam kesihatan yang baik.

Berkongsi mengenai percubaannya bergerak solo tanpa kolaborasi dengan mana-mana penyanyi, Harith mengakui pada awalnya timbul rasa gementar dan kurang keyakinan.



"Ini adalah lagu solo pertama saya. Sejujurnya saya takut-takut juga pada awalnya, tapi pengurus saya cakap bila lagi nak buat menyanyi secara solo kalau bukan sekarang.

"Sebelum ini saya berkolaborasi dengan artis lain seperti Loca B dan Tuju. Kali ini pengurus cakap buatlah lagu dan menyanyi secara solo pula. Sejujurnya saya agak gementar kalau nak buat persembahan tanpa ada orang di sebelah, tapi saya fikir, saya kena juga belajar jika mahu terus bergerak solo dan ini waktu sesuai.



"Dari segi rakaman tidak ada masalah, sebab sudah lama dengan Faithful, jadi saya enjoy saja cuma yang saya risau mengenai sambutan dan penerimaan pendengar.

"Kalau berkolaborasi dengan artis lain sudah tentu peminat mereka akan mendengar sekali. Kali ini saya solo saja, jadi bergantung kepada peminat saya saja, itu yang membuatkan saya sedikit gementar, tapi InsyaAllah lagu ini akan diterima ramai," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-11-2021 06:32 PM
WHO ARE YOUSSSSSSSS
Quote dudaberhias 12-11-2021 06:34 PM
who are yusssss... akak tak cukup muda ke tua untuk kenali heolss ni????
maafkan saya yang muda bergetah body anak dara persis nasha aziz ini...

siapa yang kenal heolss di minta buat rawatan di new york skin solution atau yun nam hair care supaya uban tak naik dan laser kedut2 bagi hilang... kalau muda sangat di minta daftar tadika smart reader kids untuk tahun depan lepastu bagitau ibu bapa anda supaya hantar ke rumah pengasuh yang berdaftar.. jangan pergi campak kat nenek dan atok...
Quote cruz2 12-11-2021 06:36 PM
Kawin 28 ogos thn ni ke?kandungan dh 3 bln?iols lemah sggh ilmu hisab
Quote 3chanceno 12-11-2021 06:42 PM
Edited by 3chanceno at 12-11-2021 06:45 PM

Maap tak kenal langsung dak nie

Ada peminat pulak tu acik simpan brain jus malas nak pikir sapo kome
Quote miszclassique 12-11-2021 06:48 PM
cruz2 replied at 12-11-2021 06:36 PM
Kawin 28 ogos thn ni ke?kandungan dh 3 bln?iols lemah sggh ilmu hisab

Baru nak masuk 3 bulan... Bunting pelamin tuu sbb pengiraan start dari period yg last
Quote holothurian 12-11-2021 08:19 PM
geliiiii.. lagu dia yg you mmg sgt cute,stop lah being so cute tu pun jijik aku dengar.. senduuu
Quote kiah_mai_pulak 12-11-2021 08:59 PM
cringereeeeeeeeeee nya
Quote makadek 12-11-2021 10:20 PM
Owang tengah bahagiaaaaaa
Doa yg bebaik je lah
Quote slyfynx 12-11-2021 10:41 PM
OK
Semoga semua selamat

BTW, lagu CUTE tu adelah sgt cringe nak mampos ye.
Aku terdengar dalam kete hr tu, rase nk hantuk2 kepala kt steering.
Quote Farhaz 13-11-2021 02:39 AM
U.. u memang sangat cute. So stop la being so cute.. u buat i hanyuttttttttttt..... Tiber
Quote akies 13-11-2021 07:15 AM
Sape pulak ni [em:14:]
Pastu mentioned wife preggy.
Adehh mmg tk kenal
Quote hayrin86 13-11-2021 08:44 AM
holothurian replied at 12-11-2021 08:19 PM
geliiiii.. lagu dia yg you mmg sgt cute,stop lah being so cute tu pun jijik aku dengar.. senduuu

Sama la.. Baik dgr lagu slow rock atau balada pop 90-an daripada lagu zaman sekarang..

Quote AKAZ85 13-11-2021 05:43 PM
Ko nak tunjuk ko berjaya berjimak sampai bini ko bunting ke?
Quote Normabaru 13-11-2021 06:29 PM
Dia ni busuk kepam lagu ntah pape perasan bagoss.mulut lebar cm tempayan.
Quote KamikuP 15-11-2021 03:26 PM
Meolls tertengok video yg gayat naik kereta kabel genting hesehe ni ler.. anuway lagu Cute to sumpah cringe hingga kiamat dekk
Quote dekmieDandy 15-11-2021 04:38 PM
wow, tahniah!

lama tak berkunjung ke sterk punya youtube. dia still aktif kat situ ke? or buat belakang tabir je??
Quote chekacheku 15-11-2021 05:07 PM
Budak2 kecik cukupla minat ngn lagu cute dia ni..
Quote shernazz 15-11-2021 05:24 PM
Lagu shut up
Iols.tau lagu shut.up.by black eyed peas je
Nostalgia.sungguh laaahahahaha
Quote Orix 15-11-2021 05:50 PM
iols suka ya hamat dgan lagu u so cute dia... so catchy.. layak masuk AJL drpd lagu Hati Hael tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040846 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top