CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bulu Binatang, Najis Tikus, Tahi Burung Di Kilang Kicap Dan Roti

12-11-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5033| Komen: 40

Butterworth: Bukan saja kotor malah bulu binatang, ranting kayu dan daun kering ditemui di dalam bekas pemerapan soya di sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir di sini, semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) hari ini.


Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, semasa pemeriksaan, pihaknya mendapati bekas tong kicap gentian kaca yang tidak bersih serta berkulat digunakan pengusaha kilang terbabit sejak 20 tahun lepas.

Foto: Awani

Mohd Wazir berkata, pemilik premis berkenaan sudah menjalankan perniagaan hampir 50 tahun namun didapati gagal mematuhi aspek kebersihan yang digariskan JKN.


“Kita risau pencemaran fizikal mungkin masuk dalam (bekas) sos dan boleh sebabkan keracunan, selain itu ada juga ranting kayu daun dan bulu binantang dan tidak mustahil najis burung (jatuh) berlaku pada proses pemerapan tesebut,” kata Mohd Wazir.
 
Selain itu, Mohd Wazir berkata, pemilik juga didapati mengitar semula botol terpakai dengan mengisi kicap yang baru diproses sebelum dipasarkan di negeri itu.

Menurut beliau, pemeriksaan yang dilakukan turut mendapati botol kosong itu dibersihkan sendiri serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sementara itu, pemeriksaan di sebuah kilang roti di Raja Uda di sini, pula menemui najis tikus bertaburan di lantai dan bekas pembakar roti yang sudah lama tidak digunakan.

Bahkan, kata Mohd Wazir, terdapat juga kesan minyak lama di dulang roti dan keadaan yang tidak bersih itu dibimbangi akan berlaku pencemaran mahupun keracunan makanan.

Foto: Awani


“Kilang roti ini sudah beroperasi sejak enam tahun lalu. Kita risau, terdapat najis tikus terlalu banyak dan masih basah lagi… ini bermakna (najis tikus) itu masih baru lagi. Kita juga lihat pengusaha tidak mengamalkan jaminan keselamatan,” terang beliau lagi.

Susulan kilang memproses kicap dan roti itu tidak mematuhi peraturan kebersihan, JKN mengarahkan kedua-dua premis itu ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.


Foto: Awani

Sebanyak sembilan notis juga telah dkeluarkan dengan nilai kompaun keseluruhan mencecah RM9,000.

Seramai 26 anggota terdiri pegawai JKN, dan Pegawai penguatkuasa Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terlibat dalam ops yang dijalankan bermula pukul 10 pagi itu. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 12-11-2021 09:59 AM
euwwwwww... tu jer boleh ckp.
Quote ifanonline 12-11-2021 09:59 AM
katanya kicap buatan cina
Quote akies 12-11-2021 10:00 AM
Pengotor. Jijikss. Kicap jenama apa ni
Quote Orangelily 12-11-2021 10:33 AM
kembang tekak aku nak mkn kicap lpas ni
Quote angelofish 12-11-2021 10:35 AM
negeri ni memang terkenal dengan kilang pengotor ke
Quote Thunderclouds 12-11-2021 10:37 AM
Jgn kicap mudim dh laa
Quote kakigebang 12-11-2021 10:37 AM
mskan je yg kompom brand org islam, habhal ke, jalen ke, tamin ke,
Quote hayati_hassan 12-11-2021 10:38 AM
rasanya kilang kicap cap unta
mmg owner cina
Quote karipap_sadin 12-11-2021 11:04 AM
Sbb tu kena beli yg halal..komfem bersih etc
Quote shiraloveyou 12-11-2021 11:09 AM
Sebab tu kalau nak carik makanan,carik yg halalan toyyiban...carik produk yg ada tanda halal,masuk kedai yg ada tanda halal, ada standard haccp etc...ni nmpak produk yg nama seakan2 muslim cepat je beli....kedai yg konon muslim friendly tu jugak yg korang masuk...yakin ke daging2 yg dia guna tu halal...kalau daging halal,bahan2 lain ntah halal ke tidak...ntah2 beli kicap pun kt kilang2 yg mcm ni
Quote Artemesiaa 12-11-2021 11:12 AM
Euwww katanya kicap yang selalu digunakan oleh peniaga pembukusan pun dari botol pastik.  Yang roti nasib bukan dari jeanam terkenal yang biasa dibeli oleh kebanyakan orang Malaysia.  
Quote ifanonline 12-11-2021 11:13 AM
gerakan BMF perlu di semarakkan kembali - Buy Muslim First!
Quote FOTHER-MUCKER 12-11-2021 11:43 AM
Sepatutnya kilang seperti ini sudah di haramkan!

Mesti in door dan menggunakan stainless steel +semua piping jugs stainless steel sama seperti kilang arak tu. Baru bersih.
Quote FOTHER-MUCKER 12-11-2021 11:47 AM
Pihak berkuada tak mau belajar dan ikut sepetti negara maju? Susah sangat ke nak buat perubahan?
Quote arreysha 12-11-2021 12:02 PM
Kicap brand Dua Tanglung / kereta kebal
Roti brand Yamee tp x sure roti mcmana sbb x tahu roti jenis mcmana brand Yamee ni
Quote MsKathryn 12-11-2021 12:10 PM
Eeeeuuuwwwww
Quote Tokeybundle 12-11-2021 12:14 PM
Jijiksssss
Quote Peaches113 12-11-2021 01:05 PM
euww. kembang tekak
Quote Cieejiee 12-11-2021 01:59 PM
???? pengotor

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067936 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top