CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Tegur Kesalahan Orang Lain, Adibah Noor Sedia Dikritik

12-11-2021 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2393| Komen: 30

Dikenali sebagai selebriti yang lantang bersuara, penyanyi Adibah Noor bersedia menerima kritikan daripada juri profesional apabila bersetuju menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).


Menurut Adibah, 51, dia terbuka persembahannya di pentas nyanyian itu dinilai oleh juri-juri profesional seperti Datuk Syafinaz, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang yang sememangnya mempunyai kredibiliti dalam bidang muzik.


Foto: mStar Online

"Saya terima dihakimi secara terbuka kalau saya berani buat saya kena berani terima. Kalau sebelum ni saya selalu jadi juri, lepasni saya kena terima tempat tu untuk dihakimi.


"Kalau misalnya yang mengkritik itu saya fikir tidak berada di tahap yang sepatutnya mungkin saya akan ambil acuh tak acuh. Tapi mereka (juri tetap) mempunyai kepakaran dan ada value dalam setiap komen yang dibuat," katanya kepada mStar.

Adibah ditemui ketika sidang media GV8 yang diadakan di VE Hotel, Bangsar, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, dia akan cuba menjadikan kritikan yang diterima sebagai proses pembelajaran dan membaiki setiap persembahannya.

"Orang tahu saya orang yang selalu protes, bising dan kuat complain.

"Sekarang ni saya akan jadi anak murid yang baik, saya akan ikut dan cuba belajar. Kalau benda tu saya tak boleh ikut saya akan beritahu.

"Hati pun dah tebal sebab yang kritik tu kita kenal dan kita sanjung, mereka memang pakar dalam hal nyanyian," ujarnya.

Foto: mStar Online

Sementara itu, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengakui sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia membuat kemunculan semula ke pentas nyanyian.

Akui rasa gemuruh untuk bersaing dengan peserta-peserta lain, Adibah berkata, dia menjadikan kerisauan itu sebagai satu cabaran.

"Saya akui peserta-peserta yang ada memang berpengalaman. Saya rasa kami akan bersaing secara sihat.

"Lumrah pertandingan memang ada menang dan kalah. Tak betullah kalau saya tak ada sekelumit harapan untuk menang atau berada tiga teratas.

"Tapi at the same time, kami semua kena reda apa yang terjadi nanti sebab ini pertandingan. Mental pun dah ready dengan apa yang berlaku," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-11-2021 09:35 AM
"Kalau misalnya yang mengkritik itu saya fikir tidak berada di tahap yang sepatutnya mungkin saya akan ambil acuh tak acuh."..... OOOOOHH BEGITU YE...tinggi sangat ye level beliau...siapa nak tegur kena selevel atau lebih tinggi...patut peminat tag & komen tak layan, salah ejaan pun tetiba merentan...
Quote isbritneybich 12-11-2021 09:46 AM
masih ada kebongkakan dalam statement dia tu yah. siap sedia la.

by the way, dia ni bukan setakat one hit wonder je ke? apa lagi lagu dia yang top?
Quote Mulotkoyak 12-11-2021 02:26 PM
Setakat satu lg macam ana rafali tu sepatutnya ko kne down to earth... Org yg suksess org yg maintain populariti dan lagu beliau byk bkn mcm uols yg ade satu dua lgu tp bongkak.
Quote Orix 12-11-2021 02:56 PM
isbritneybich replied at 12-11-2021 09:46 AM
masih ada kebongkakan dalam statement dia tu yah. siap sedia la.

by the way, dia ni bukan setakat o ...

lagu sheols plg iols suka zapin cinta sms

terlalu istimewa tu mehhh sgat
Quote sleepandream 12-11-2021 08:12 PM
jgnla banyak nyanyi lagu ballad ala2 whitney houstan ke ziana zain ke apa...
iols nak tengok sheols nyanyi lagu dangdut ke... rock pun boleh mcm lagu2 ella ke
Quote Solokkk 12-11-2021 08:25 PM
Mintak2 tersingkir awal
Quote Mizlyn 12-11-2021 08:30 PM
I minat gak dibah ni.. Dlm tiktok she tiru suara bodak pompuan tu kiut sgt.. Berani she join ye.. All the best kak dibah..
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:36 PM
sleepandream replied at 12-11-2021 12:12 PM
jgnla banyak nyanyi lagu ballad ala2 whitney houstan ke ziana zain ke apa...
iols nak tengok sheols  ...

katanyer memang nak nyanyi lagu rock. harap muzik rock tu dikekalkan yach jangan tukar arrangement genre lain nanti tak bunyi rock dah

[youtube]CDq8uh4W4is[/youtube]

Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:37 PM
[youtube]xeujnxouuD0[/youtube]
Quote apedehal 13-11-2021 04:39 PM
Selalunya gini jd pilihan utk menang..but belum hujung2 dah haus
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:39 PM
[youtube]3fmPHkC5nbo[/youtube]
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:41 PM
[youtube]VqtViBUTgQ0[/youtube]
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:42 PM
[youtube]LJgTM-huwZc[/youtube]
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:46 PM
[youtube]_D_BoAwLATk[/youtube]
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:50 PM
[youtube]-PYK6FCWXo4[/youtube]
Quote toxicated 13-11-2021 04:51 PM
Berapa byk lagu dia ada selain terlalu istimewa tu. Mcm 1 tu je kan. Ko ni sebenanye penyanyi event je acikkk dibah
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:53 PM
[youtube]ryuwThxsv3Q[/youtube]
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:54 PM
[youtube]tboCEZYsiAg[/youtube]
Quote doubleharmonic 13-11-2021 04:55 PM
[youtube]UbG1slHHGP0[/youtube]

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.042012 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top