CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vida Minta Peniaga Viral Tukar Nama Restoran Siakap Seribu, Tak Kisah Bayar RM918 Sebab Puas Hati

12-11-2021 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9586| Komen: 96

Puas hati dan berbaloi! itu kata Datuk Seri Vida selepas menjamu selera di restoran viral ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang membayar RM918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.

Foto: IG


"Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik.

"Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket.


"Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik darah," ujarnya.



Menerusi video berkenaan, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain.

Dia yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.

Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih.



Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas isu berkenaan.

Dia juga memberi peluang peniaga itu menjelaskan berkenaan isu viral itu.

"Selepas itu tidak macam biasa (pelanggan), perasaan malu adalah sebab kena caci, kena maki. Rasa macam tak sedap.

"Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar.

"Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order," ujarnya.


Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing.

Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada mangsa, namun ditolak inidvidu berkenaan.

Pada 4 November lalu, mStar melaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi mangsa penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 12-11-2021 08:41 AM
Myampahnya aku tgk acik ni. Nk jgk limelight siakap langkawii.
Quote missHaidiD 12-11-2021 08:42 AM
Annoying betol jeritan ko tu acik. Ko tak reti pakai life jacket ke bila naik bot.
Quote ketupatnasi 12-11-2021 08:43 AM
Sedap pulak nama kedai.
Siakap Seribu Rasa p
Quote Kancilkering 12-11-2021 08:45 AM
dia dh cakap restaurant da pricey sket….
makan kat bagan lalang je lah
Quote Gianna111 12-11-2021 08:55 AM
di mana ada tahi di situ ada lalat...
Quote johan-adx 12-11-2021 08:58 AM
dpt marketing pcuma dr dsv...
Quote TabletSusu 12-11-2021 09:01 AM
tp kan.. klu mkn situ 7 dewasa, 12 kanak2 mcm yg viral tu.. xkan nak espek rega 100, 200 kot.
Quote maharani_gebu 12-11-2021 09:01 AM
2 org RM900??? thanks but no thanks lar.. baek hakak borong sakan kat Idaman Suri jer
Quote lasagna 12-11-2021 09:17 AM
xpe laa dia mampu kan.. rakyat marhaen kalau 1k tu mcm2 bleh buat.
Quote slyfynx 12-11-2021 09:23 AM
Riaknye la betina ni
Quote taji2906 12-11-2021 09:25 AM
aku mkn kerapu kat situ. masa dia suh pilih tu, aku tangkap la yg kecik2 je. sbb ikan dia besar2. siakap dia plak mmg besar2. yg kes viral tu pun pilih 7kg punya ikan. mmg mahal la. da tau kedai mkn atas air. ikan plak ikan hidup. memang le mahal. tp masakan dia sedap. haha.. aku suka.
Quote ctaz 12-11-2021 09:28 AM
iyer la....kayo kan....
semua leh bayo....



Quote missbigrockstar 12-11-2021 09:28 AM
Sedih lak aku tgk ikan dok hidup lagi nyawa nyawa ikan
Quote dudaberhias 12-11-2021 09:39 AM
Dia pun nak mencapub pulok dohhhh sebab haritu marketing reply terhadap mv bebal tu tak berjalan.... Last2 mencapub siakap pulak... Kesiannya DSV
Quote ell2026 12-11-2021 09:40 AM
taji2906 replied at 12-11-2021 09:25 AM
aku mkn kerapu kat situ. masa dia suh pilih tu, aku tangkap la yg kecik2 je. sbb ikan dia besar2. si ...

komen nilah yg i nak baca tapi tak jumpa mana2..sedap ke tidak...kalo tgk video tok vida presentation masakan tu nampak menyelerakan and i bet sedap la...mkn kedai seafood bagan lalang, jeram or kuantan ke kalo ramai camtu paling2 pun 500 kan...ni kena pulak kat pulau pastu floating pulak..ofkos la mahalkan kan...i yg marhaen ni takkan la makan kat situ unless org belanje hehe
Quote dudaberhias 12-11-2021 09:41 AM
taji2906 replied at 12-11-2021 09:25 AM
aku mkn kerapu kat situ. masa dia suh pilih tu, aku tangkap la yg kecik2 je. sbb ikan dia besar2. si ...

Khennn, takpun makan je apa ada dekat menu tu yang dah beserta harga.... Ni nak jugak ko mencekik siakap 7kg @ 2 eko ikan sekali....

Ada yang kata air dia mahal.. air dia semua buah2 freshhh dikkk memang harga macamtu dekat cafe2 hipster pun.
Quote makadek 12-11-2021 09:51 AM
Mandangkn minah ni meriak sbb bole tayang kt merata socmed

Aku pn nk tumpang meriak
Aku beli sekor kambing 550rm siap proses
Utk makan harian... Kalau adik badik nk share kiteorg tong2 la ..sebelah sorang.
Puas makan worhh.. done riak
Fresh from farm okeh.
Quote isbritneybich 12-11-2021 09:52 AM
vida ke zuraida ni?
Quote manehnya 12-11-2021 10:21 AM
Saya makan siakap beku beli kt tesco je... Huhu tp sukor la ada gak maknan

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.067330 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top