Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas terjatuh dari roda Ferris di Kajang. Timbalan Ketua Polis Daerah Supritendan Mohd Sabri Abdullah, dalam satu kenyataan pada Khamis (11 Nov), berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 12.05 pagi Khamis.
“Seorang pekerja di funfair berhampiran Aeon Jusco Cheras Selatan di sini memberitahu polis bahawa dua lelaki terjatuh dari permainan tersebut. “Seorang daripada mangsa lelaki berusia 39 tahun meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa berusia 30an dikejarkan ke hospital Kajang untuk rawatan.
“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikenal pasti dan polis masih menyiasat kes itu bagi mengenal pasti sama ada kejatuhan itu berpunca daripada kecuaian pengusaha funfair, atau mangsa sendiri. “Kertas siasatan telah diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut,” katanya. Supritendan Mohd Sabri menggesa semua supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. - CARI Sumber: The Star
|
chazey replied at 12-11-2021 08:20 AM
Ada ye roda Ferris di Kajang. Takziah. Camna ko boleh jatuh.
ADVERTISEMENT