Lantaran tidak pulang ke rumah selama empat hari, seorang suami yang berang bertindak membakar motosikal milik isteri yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis, lapor saluran berita Liputan6.
Video tular itu memaparkan kebakaran pada motosikal yang belum padam sepenuhnya milik seorang wanita. Kejadian berlaku di Di Desa Sukaraja, Air Putih, Batu Bara, Sumatera Utara. Menurut Fitri, motosikal miliknya sengaja dibakar oleh suaminya, Alfandi di rumah kawannya setelah dia tidak pulang ke rumah selama empat hari.
‘’Dia cari saya sebab tidak pulang ke rumah. Selepas jumpa di sini, motosikal saya dibakarnya. Dia cakap yang dia penat pergi kerja tiada kenderaan,’’ jelas Fitri. Wanita itu seterusnya melaporkan kejadian tersebut ke Ibu Pejabat Polis Indrapura. Bangkai motosikal kemudiannya diambil pihak polis untuk dijadikan bukti. -CARI Sumber: Kosmo
|
Kurex replied at 11-11-2021 11:58 AM
Semoga repot yg suka bukak benang indon ni akan hilang jejak dalam masa terdekat atau diculik warga ...
ADVERTISEMENT