CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pandemik Punca Keinginan Lelaki Bujang Buat Seks Menurun

11-11-2021 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1854| Komen: 7

Satu kajian baharu mendapati sebanyak 81 peratus lelaki bujang di Amerika Syarikat (AS) mengakui bahawa pandemik Covid-19 telah menyebabkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan intim semakin menurun, dan ia kini bukan lagi dianggap satu keutamaan, lapor akhbar New York Post.


Kajian tahunan yang dilakukan oleh laman temu janji Match itu melibatkan lebih 5,000 lelaki bujang di AS yang berusia antara 18 hingga 98 tahun.

Ketua Penasihat Saintifik Match, Helen Fisher berkata, pandemik Covid-19 telah menurunkan keinginan seksual dalam kalangan lelaki.

Foto: Alamy

“Apabila planet ini ‘terhenti’ seketika, anda tidak boleh menjangkakan bahawa psikologi manusia akan kekal sama.


“Golongan lelaki bujang kurang melakukan hubungan intim dan berada dalam keadaan tertekan. Kedua-dua faktor ini mengurangkan keinginan mereka terhadap aktiviti itu,” katanya.

Tambah Fisher, lelaki bujang kini mengakui bahawa mereka mencari hubungan jangka panjang yang stabil.


“Mereka lebih menghargai sesebuah hubungan dengan hanya 11 peratus lelaki bujang mahu berjanji temu secara kasual.

“Trend ini menggambarkan situasi di peringkat global. Ia boleh mendorong kepada kestabilan pembinaan keluarga dan perkahwinan yang bahagia,” tambah Fisher. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerprime 11-11-2021 11:05 AM
Patutla spesis greentea mengeluh....

Nak mengeluh pun buat per...kalau setiap jam pun mencrett bukan berisi pun...telor sendiri dah expired....buang karen tok laki tinder je mengeras..


Kahkahkahkahkahkah
Quote Adrif 11-11-2021 11:23 AM
acanor nak buatnya kalau kena jaga jarak 1 meter

lain la kalau boleh seks guna bluetooth  
Quote stingerprime 11-11-2021 11:27 AM
Adrif replied at 11-11-2021 11:23 AM
acanor nak buatnya kalau kena jaga jarak 1 meter

lain la kalau boleh seks guna bluetooth

Jgn wisau....spesis  greentea ada wide  range and collections of toys dari sekecil kecil bulu tiruan sehingga  extender

No worries..
.
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 05:08 PM
Ohhh laki bujangggg
Kat malaya baik kawen, baik bujang
Lainnnn citenya
Quote insulin 11-11-2021 07:00 PM
nakkomenjugak replied at 11-11-2021 05:08 PM
Ohhh laki bujangggg
Kat malaya baik kawen, baik bujang
Lainnnn citenya

Apa ceritanya?
Quote edayildiz 11-11-2021 07:49 PM
melibatkan lebih 5,000 lelaki bujang di AS yang berusia antara 18 hingga 98 tahun

yg umo 98 tu bkn sbb pandemik rasanya
Quote sharlenetexas 9-12-2021 08:40 PM
Viagra kan ada. Same company.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.080186 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top