CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Ditinggalkan Depan Mall, Waris Dicari

11-11-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2981| Komen: 26

Kangar: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak lelaki kini berusia empat tahun, yang ditinggalkan ibu kandungnya kepada seorang wanita di hadapan sebuah pusat beli-belah, BJ Court Pulau Pinang, pada 2017.


Pengarah JKM Negeri Perlis, Mohammad Hazam Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan seorang wanita meninggalkan seorang bayi lelaki yang pada ketika itu berusia antara dua hingga tiga bulan kepada seorang wanita yang bernama Hafiza Ezab, di hadapan pusat beli-belah berkenaan, pada 5 Julai 2017.

"Wanita berkenaan meminta Hafiza untuk menjaga sebentar bayi itu sementara menunggu ibu kandungnya datang untuk mengambil anaknya itu.

"Namun, setelah beberapa ketika, tiada sesiapa yang datang menuntut bayi itu dan dia kini dijaga oleh ibu kepada Hafiza yang menetap di Perlis sebagai anak angkat," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Foto: Harian Metro

Katanya, sehingga kini, ibu kandung kanak-kanak berkenaan terus menghilangkan diri dan gagal dikesan.

"Selain itu juga, kanak-kanak itu juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Pencarian ibu kandung atau waris kanak-kanak dibuat oleh JKM bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik bagi kanak-kanak yang akan ditentukan oleh mahkamah kanak-kanak," katanya.

Sehubungan itu, ibu kandung atau waris kanak-kanak berkenaan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris kanak-kanak ini diminta tampil menghubungi Pelindung JKM Negeri Perlis Isma Liza Mohd Isa di talian 04-9731926 atau 04-9731967 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 11-11-2021 10:56 AM
Besar sok akn memberi big impact yg tk baik kt dia ..mesti sedih
Quote Skuau 11-11-2021 11:28 AM
bagi surat beranak dulu...pastu habaq..ada la nt orng yg 'mengklaim' bdk tu anak dia...
Quote brown_pupil 11-11-2021 11:57 AM
ya ampun dikk.. comel nyer ko.

comel cemgini pun parents takde hati perut nak buang / tinggalkan anak?

hopefully pempuan dgn lelaki cemgini jangan membiak lagi.
Quote shida81 11-11-2021 11:58 AM
mak hafiza nk amik jd anak angkat kot.. so salah satu process kena war2kan dorang da cari waris tp x dapat.. camtu ker?
Quote Kurex 11-11-2021 12:02 PM
Meh sini iols bela.. iols akan bagi segala kasih syg
Quote Artemesiaa 11-11-2021 01:05 PM
shida81 replied at 11-11-2021 11:58 AM
mak hafiza nk amik jd anak angkat kot.. so salah satu process kena war2kan dorang da cari waris tp x ...

Macam tu processnya kena umum dulu bila tak ada yang tuntut baru mereka boleh proceed ke langkah seterusnya
Quote Acikgomen 11-11-2021 01:09 PM
shida81 replied at 11-11-2021 11:58 AM
mak hafiza nk amik jd anak angkat kot.. so salah satu process kena war2kan dorang da cari waris tp x ...

Betul. Tapi budak ni most likely takkan dpt taraf warganegara
Elok la buat surat awai2 sebelum dia skolah, mo dak, jgn kata skolah, nak pi taska pun takleh sbb takde surat beranak
Nak pi sepital pun sama
Quote grosouraus 11-11-2021 01:13 PM
Nampak budak ni comel sihat mak kandung dia bela....mungkin ada sesuatu terdesak kot.
Quote bloodyamuk 11-11-2021 01:28 PM
grosouraus: Nampak budak ni comel sihat ma ...


comel sihat sebab mak si Hafiza tu la yang bela...kan ditinggalkan masa umur 3-4 bulan masa tahun 2017...
Quote edayildiz 11-11-2021 01:32 PM
comelnya..kecian la adik ni..takde cara lain ke selain merayu gini ye..teringin jgk nak membela ank angkat sorg lg 5 thn la..
skrg xblh lg..xready lg nk jd mak mak
Quote prettyuglybabe 11-11-2021 01:43 PM
lepas 4 tahun baru nak cari? seriously?
kalau i orang tinggal anak gitu, tak sampai 4 jam pun i akan bawak pi balai report..
Quote manehnya 11-11-2021 01:45 PM
Comey mcm ni maknya x nak.. rugi nya lahaiiii....
Quote sukacactus 11-11-2021 02:20 PM
Sian budak ni
Quote Kadbaru 11-11-2021 03:22 PM
kesianya. Mak pun bodo buat mau jaga tak nak
Quote Cik_jantung 11-11-2021 04:00 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:12 PM

..........
Quote Cik_jantung 11-11-2021 04:01 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:11 PM

..........
Quote bluebutter 11-11-2021 05:00 PM
Comeynya dia!!!
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 05:04 PM
Mak pak PATI ke?
Quote missus_meow 11-11-2021 05:17 PM
hensem budaknya ... nmpknya dijaga dgn baik ... hrp mak atau waris dpt ditemui utk setel kes ni ... sian ke budak tu ....

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060977 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top