CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gambar Baby Bump Bertebaran, Dua Artis Selesa Kunci Mulut

10-11-2021 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7115| Komen: 27

Tahun ini ramai selebriti tanah air naik pelamin dan menimang cahaya mata. Namun, kini yang menjadi perhatian pastinya pengacara terkenal, Neelofa, 32, dan pelakon, Intan Ladyana, 39.


Dua selebriti ini mengambil pendekatan 'mengunci mulut' berhubung spekulasi mereka dikatakan hamil, meskipun foto masing-masing tular dan bertebaran di media sosial.

Neelofa bagaimanapun dalam temubual bersama media pernah memaklumkan dia sangat menghargai segala doa yang baik-baik diberikan ramai orang buatnya.


Foto: IG

Malah, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini menyifatkan perkongsian berita kelahiran cahaya mata adalah lebih baik dihebahkan berbanding cerita kehamilan.  


"Kalau saya boleh berkongsi mengenai bab kehamilan atau mendapat cahaya mata, lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran berbanding kehamilan. 

"Saya nak cakap lebih pun takut. Cuma, saya perlukan doa yang baik dan kata-kata yang positif. Jadi kalau yang nampak saya berbeza tu, berbezalah. Siapa yang nampak saya sama, samalah," katanya yang  ditemui media baru-baru ini. 




Terdahulu, Neelofa bertemu jodoh dengan pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac lalu.

Bagi Intan Ladyana pula, dia tetap selesa berdiam diri walaupun 'baby bump' tidak mampu disorok lagi. Malah, suaminya juga pelakon dan pengacara, Harris Aliff, 22, turut mengambil pendekatan sama.

Harian Metro sebelum ini pernah cuba menghubungi Harris beberapa kali, namun alasan kerja diberikannya dan apabila dihubungi lagi, panggilan serta kiriman mesej tidak berbalas.




Pasangan Intan Ladyana dan Harris selamat bernikah pada 5 Februari lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menariknya cinta pasangan ini, mereka berbeza usia 17 tahun.

Apapun, yang pasti spekulasi kehamilan membabitkan Neelofa dan Intan Ladyana tetap diterima baik oleh netizen. Ramai yang mendoakan agar segala urusan dua selebriti ini sentiasa dipermudahkan Allah SWT.

Pastinya ditunggu saja berita baik daripada mereka. Malah, teruskan doa yang baik dititip buat Neelofa dan Intan Ladyana. Sesungguhnya kelahiran cahaya mata adalah rezeki besar daripada Allah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 10-11-2021 09:15 AM
Biarla diorg x nak citer
Yg kepoh sgt kenapa
Nak tolong bela anak diorg ke
Quote Gianna111 10-11-2021 09:16 AM
ada laki of cus la ada aktiviti sorong tarik..of cus la pregnant..tak de nya luar biasa.
Quote jejaka_hensem 10-11-2021 09:25 AM
Cari mro ni saje je kan nak bagi peminat2 menangis lagi lepas tengok gambar baby bump tu????
Kesian la kat peminat tu,hari2 nangis kang buta pulak mata dorang????
Quote jijilaaa 10-11-2021 09:28 AM
berapa banyak daaa thread baby bump...bukan bump lagi dah..membusung bulat elok memasing....
Quote kiah_mai_pulak 10-11-2021 09:31 AM
nasib lah deyolss ni tak lari n duk overseas acah2 smbung belajar., semata sbb nak sorok perut tu
Quote epal_putih 10-11-2021 09:36 AM

nanti dah beranak dia umum la kut
moga dipermudahkan
Quote dudaberhias 10-11-2021 09:39 AM
kenapa baby bump pun boleh jadi gosip????
yang satu tu iolsss kesah jugak la sebab anak laki muda herlokkkk....
yang satu lagi tu anak bangla je punn... ujung2 di jual atoknyaaa untuk kerja kilang yang heolss supply manpower etc... takpun masuk 3 tahun dah di suruh jual produk...
Quote prince_marhaen 10-11-2021 09:47 AM
LANTOKKK LERR... JAH MADIHAH LOP PUN LEPAS NIKAH TERUS USAP-USAP GESEL-GESEL PURIT, KAU RASE? OF COURSE LAH BERCAMBAH BENIH DENGAN IZINNYA.
Quote SherryZass 10-11-2021 10:30 AM
hampeh, ni gossip ke?
Quote mizruncing 10-11-2021 10:54 AM
laaa dah sah2 pegnen kann. aiyoooooo
Quote gigi 10-11-2021 10:55 AM
GOODLUCK....TO BOTH OF U
Quote orgbiasaje 10-11-2021 10:55 AM
Edited by orgbiasaje at 10-11-2021 02:57 AM

"Saya nak cakap lebih pun takut. Cuma, saya perlukan doa yang baik dan kata-kata yang positif. Jadi kalau yang nampak saya berbeza tu, berbezalah. Siapa yang nampak saya sama, samalah," katanya yang  ditemui media baru-baru ini.

Kelakar ayat jah..
Ingatkan tough cookie.. Takut rupanya... Takut kena carutlah time hamil ler tu.. .tapi hati meronta2 nak bg tau pregnant tu yg duk usap perut
Baru dia tau rasa takut

Quote da_vinci 10-11-2021 11:18 AM
setiap kali citer lopak bunting, setiap kali tu laa lobenaks akan meneteskan airmata....sudah2 laaaaaaa, kesian kat lobenaks
Quote AshkieLa 10-11-2021 11:25 AM
dengki tul diorg2 kat org yg tak nak announce ni..
lantak laa diorg... buat biasa je laa kalau nampak diorg ngandung pun..
bukan tak berlaki memasing... yihhhh
Quote makadek 10-11-2021 11:33 AM
Ada aku kesah psl perut depa yg berisi budak tu... Time depa konkek tk war2kan pn
Kot kalau nk share bideo apa salahya khuens
Quote chikumanis 10-11-2021 11:43 AM
deyyy!! nanti bila bb lahir berbin n berbinti kan ayah a.k.a suami diorg juga. bukan tidak sah taraf anak nya..lantak la..dah nmpak perut besor tu, xkan nak cakap sangkut tembikai..
Quote 3chanceno 10-11-2021 12:36 PM
Lawaklah komen2 forumer

Bertabahlah forumers sekalian, thread dibukak oleh reporter hampagas Cari

Besok lusa 1 lagik reporter ciduk dari ig retis & crita lagik pasal baby bump nie
Quote naina 10-11-2021 12:42 PM
Neelofa dah tak pakai niqab ke
Ala sekejapan je Siti Khatijah nyaa
Quote bungarose 10-11-2021 12:51 PM
Berapa banyak daaa thread mengandung jahlop

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046781 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top