Mahkamah Rayuan mengarahkan Awie untuk membayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas isterinya Rozana Misbun. Ini berikutan dia gadal dalam rayuan berhubung saman yang difailkannya berkaitan serangan tujuh tahun lepas.
Hakim Nor Bee berkata seperti yang dipetik melalui mStar, "Jumlah bagi ganti rugi kecederaan dan ganti rugi teruk adalah adil dan munasabah dengan mengambil kira kecederaan yang dialami serta lokasi di mana kejadian berlaku. “Kami (Mahkamah Rayuan) mendapati Mahkamah Tinggi tidak salah dalam mencapai keputusannya untuk mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen.
"Oleh itu tiada merit dalam rayuan ini dan rayuan perayu ditolak dengan kos RM15,000." Pada september 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan penyanyi lagu Diambang Wati itu membayar ganti rugi am sebanyak RM30,000 dan ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dibayar Rozana. Ketika itu Rozana nenuntut ganti rugi untuk kecederaan-kecederaan yang dialami yang mana antaranya adalah keretakan pada bahagian tulang rusuk, lebam-lebam di bahagian muka dan beberapa bahagian lain. Pada Mac 2016, Awie dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang selepas mmembayar kompaun sebanyak RM10000. Sementara pada Mei 2016, Awie, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak, pada tahun sama. Awie dan Rozana berkahwin pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha,. Pasangan itu kemudian bercerai secara sah pada 1 November 2014. -CARI
|
dudaberhias replied at 9-11-2021 08:11 PM
kesiannya... mujur selamat ratu tak kahwin dengan katik kepam ni...
dalam kisah ni tak silap ister ...
ketupatnasi replied at 9-11-2021 08:29 PM
Ada cerita mistik tok moh jugak kalau tak silap. Lama nau dah ceritanya. Abam jumpa punjut kuning ...
SpyLeman replied at 9-11-2021 09:01 PM
Berapa riban si rozana ni rembat? Ratusan riban jugak kan?
ADVERTISEMENT