|
Niezam Zaidi, 29, berharap dirinya tidak terus dipersalahkan oleh segelintir pihak sebagai punca industri kreatif tidak boleh berjalan seperti biasa berikutan insiden 'hitam' dilaluinya pada Oktober lalu.
Niezam dalam temubual bersama Melodi TV3 berkata dia mohon maaf kepada pihak industri kerana kejadian itu berlaku selepas tugasan kerjanya selesai. "Kalau industri nak salahkan saya jadi punca atau apa, bang awak baca kes tak, awak tahu fakta tak? Untuk pengetahuan, masa saya bagi salam di rumah itu, saya dah habis tugasan. Saya bukan tengah 'shooting' ya. "Saya duduk di situ sebab teruja dan berminat mengorek ilmu dengan insan berbakat yang saya kagumi ini. Jikalau industri nak salahkan saya, mohon maaf abang dan mohon maaf sangat-sangat kakak, janganlah salahkan saya sebab saya dah habis tugasan dan bukan kena di set," katanya.
Niezam berkata dia sangat mengharapkan peluang dan ruang. Ujarnya lagi, jangan menilai seseorang itu di atas sesuatu kerana kita tidak tahu apabila kita beri peluang kedua, mana tahu orang itu dah cuci tangan.
|
missyL replied at 9-11-2021 11:12 AM
Makin bercakap makin nmpk kurang cerdik.
Muhasabah diri dulu dok diam2..

dudaberhias replied at 9-11-2021 12:29 PM
kepam dan busukkkkk... rupanya sebab mendadihhh....
udah2 ler tu dikkkk tak payah bersuara... pergi ...


ADVERTISEMENT