Penyanyi berbakat besar Aina Abdul puas apabila akhirnya dapat beraksi di pentas berprestij Panggung Sari, Istana Budaya pada Sabtu lalu, sekali gus mengubati kerinduannya untuk menyanyi di pentas besar.
Ujar Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 28, kerinduan yang tertahan selama selepas hampir dua tahun tidak menyanyi di hadapan ratusan penonton dan mendengar sorakan peminat impak pandemik Covid-19 kini terubat dengan penuh makna. “Ketika menyanyi di atas pentas Istana Budaya, saya dapat merasai perasaan yang sama ketika bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 pada 2019 menerusi lagu Sumpah.
“Sudah lama saya tidak merasai perasaan itu. Rasa berbaloi sangat walaupun tak puas sebenarnya. Tapi tidak mengapa sebab saya akan bekerja lebih keras lagi untuk persembahan yang akan datang,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
|
Kurex: Eeee geli... ..
dudaberhias replied at 9-11-2021 12:15 PM
suara dia tetap sedap dan iolss sukaa...
tapi tu la baju dia tu haukkk... tapi bukan sebab baju pun ...
ADVERTISEMENT