CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh Kluster Baharu Dikenal Pasti

8-11-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1326| Komen: 4

Sebanyak tujuh kluster baharu dikenal pasti hari ini terdiri daripada tiga kluster komuniti, tiga kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan tinggi dilaporkan di Kelantan, Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Melaka.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut antara penyumbang kepada 4,343 kes harian negara dengan sembilan daripadanya kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,506,309 kes.


Foto: Google

“Daripada kes yang dilaporkan hari ini, 68 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,275 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.


“Terdapat 554 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 272 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 5,190 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,412,395 kes. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-11-2021 10:22 AM
Korang boleh lupakan balaik beraya tahun dpn. PRN  Melaka dan Sarawak lagi le menyumbang byk kes. Padan muka korang hahahaha
Quote ais_kosong 8-11-2021 11:10 AM
Sebab tu sekarang ni kena all out balik..
Supaya tak menyesal tahun depan
Quote wirazam 8-11-2021 11:12 AM
KamikuP replied at 8-11-2021 10:22 AM
Korang boleh lupakan balaik beraya tahun dpn. PRN  Melaka dan Sarawak lagi le menyumbang byk kes. Pa ...

skrg ni bukan melayu je mudah lupa....satu malaysia mudah lupa...kena tunggu dan lihat je skrg...puak puak politik mana nak pikir pasal nih....say no to katak2 ni
Quote potpetpotpet 8-11-2021 03:10 PM
ais_kosong: Sebab tu sekarang ni kena all  ...

Betul.
Jangan jadi macam aku.
Konon nak tunggu keadaan reda.
Konon nak tunggu orang dah tak berapa ramai.
Sekali kena pkp balik.
Choiii

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.262073 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top