CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Jual Anak Kepada Lelaki Tua, Cari Duit Nak Bagi Makan Untuk Anak Yang Lain

8-11-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2355| Komen: 27

Seorang bapa di Afghanistan mengaku menjual anak perempuannya yang berusia sembilan tahun, Parwana Malik, kepada seorang lelaki pada harga $2,200 untuk membeli makanan buat isteri dan anak-anaknya yang lain.


Keluarga itu tinggal di wilayah barat laut Afghanistan selama bertahun-tahun lamanya dan mereka menghadapi kesukaran untuk membeli keperluan asas seperti makanan.

Mereka dikatakan memperoleh hanya beberapa dolar sehari.


Foto: Reuters

Beberapa bulan lalu, bapa Parwana dikatakan menjual kakaknya yang berusia 12 tahun untuk menampung kehidupan.


Keluarga ini terpaksa menjual seorang lagi anak mereka untuk membeli makanan.

Ibu bapa Parwana menjual kakaknya kepada seorang lelaki berusia 55 tahun dengan harga $2,200.

Bapa Parwana, Abdul dan isterinya cuba untuk meminjam wang daripada saudara-mara dan mengemis di jalanan tetapi tidak mendapat wang yang cukupi.

"Kami ada lapan ahli keluarga.

"Saya terpaksa menjual (anak-anaknya) untuk memastikan ahli keluarga lain hidup," katanya.

Afghanistan kini menuju ke arah " kemiskinan sejagat " selepas negara itu diambil alih Taliban, menurut unjuran agensi pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam tempoh setahun, kadar kemiskinan di Afghanistan akan berada pada tahap 97 atau 98 peratus, kata Kanni Wignaraja, Pengarah Asia-Pasifik UNDP. -CARI

Sumber: mStar/ Business Insider.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 8-11-2021 10:01 AM
Potong je la kote tu..stop membiak. Aku xmmpu nk bayangkn apa la org tua 55 thn tu buat dgn bdak2 kecik lg
Quote chazey 8-11-2021 10:05 AM
Mohon Yibit pi Afghan.
Quote becir 8-11-2021 10:32 AM
Perempuan mmg sejak azali kena tindas just to feed/lift off their families..sedih
Quote missyL 8-11-2021 10:39 AM
Stop je la wat anak
Quote Siput_Sawah 8-11-2021 10:46 AM
bila la puak ni nk maju n mengangkat martabat wanita islam kat sana. moga di permudah kan.
Quote Siput_Sawah 8-11-2021 10:47 AM
Mencemarkan martabat Islam dan wanita/kanak kanak Islam sahaja.
Quote Artemesiaa 8-11-2021 10:49 AM
Tak layak jadi bapak kalau perangai macam tu.
Quote jijilaaa 8-11-2021 10:58 AM
sbb kote kau tak reti stop memantat yang buat kau ada banyak anak lah bodoh. kau jual je lah organ kau satu persatu utk suap mulut kau. ni yang buat org benci islam
Quote NekNgah 8-11-2021 11:20 AM
Bukan tugas bapa untuk memberi keperluaan asas kepada keluarga??  Kenapa anak perempuan yang perlu dikorbankan.

Kita ni bila hantar anak ke asrama pun dah rindu serindunya.  Ini dijual, entah dapat jumpa lagi atau tak??  
Quote anggeriklatifah 8-11-2021 11:35 AM
nasib la aku tak ditakdirkan hidup kat negara2 arab sana
dah la selalu tindas permpuan

bersyukurnya aku Ya Allah
Quote Tokeybundle 8-11-2021 11:54 AM
Senangnya hidup bapak ni
X de duit jual anak
Kalau anak dah hbs kena jual bt anak lain plk
Adooiiiii
Quote dudaberhias 8-11-2021 11:56 AM
aikkk bukan ke budak2 rempit twitter kepalatao haritu bukan main backup suka negara afghan ni di ambil alih taliban... dan siap ada yang bodoh pergi percaya pelarian2 dalam kapal terbang US yang pakaian tutup litup tu lari sebab deorang liberal???

tapi isu jual anak ni bukan baru pun... lama sudah... negara ni dulu aman je macam negara2 lain sebelum taliban dan US invasion... takde la maju pun cuma ala2 lubnan gitu lah...
Quote namr 8-11-2021 11:57 AM
Ko beranak byk buat apa hah??apsal anak pulak kena berkorban untuk korang hidup..
Quote misssakura 8-11-2021 12:14 PM
jual bapak la
Quote 3chanceno 8-11-2021 01:58 PM
Kesian anaknya  dah 12 tahun, kira dah faham hidup berkeluarga..lepas tu kena tinggalkan keluarga ikut orang tak dikenali...tak tahu apa nasib dia lepas kena jual..sedih baca crita nie
Quote kelip2_07 8-11-2021 05:11 PM
eee..lahanat nyee..org yg beli tu msti amik bdk2 tu buat bini..baik ko mati jerlah dr jd bpk xguna..bl org kata rancang keluarga msti meroyan..ank tu rejekiiiii katanye..sama kat malaysia bl suh rancang kemain meroyan..pdhal ko nk bg ank mkn pn xckup..setkt bg mkn kepala kote kt bini ko blh lah
Quote fealefea 8-11-2021 09:33 PM
Cane nk selamatkan ni. Sedihnya kaum wanita kat sane.
Quote azimodin 8-11-2021 10:04 PM
Terpaksa konon. Kenapa ko tak jual je organ yg ada? Ataupon jual je diri jadi fuckboi...lagi bermaruah dari jual anak sendiri
Quote ketambangkang 9-11-2021 09:42 AM
taknak pulak jual bini kau

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040825 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top