CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlampau Rindu Siti Sarah, Shuib Jalani Pemeriksaan Mental Setiap Minggu

7-11-2021 02:48 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8258| Komen: 78|Original author: Oleh: Saiful

Tiga bulan pemergian Siti Sarah, Shuib mengakui masih susah teruskan kehidupan sebagai bapa tunggal.

Namun dia bersyukur keadaan emosi anak-anaknya masih terkawal.



Foto: IG

"Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya.

"Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka terkawal tapi saya berbeza sebab saya buat hampir semua benda dengan Sarah.



"Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara.

"kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa," katanya kepada mStar.



Sementara itu Shuib kata dia akan menziarahi kubur isterinya setiap Isnin dan Jumaat untuk berkongsi perasaannya.

Dah lima bulan Shuib tak masuk pejabat dan dua bulan tak bekerja.




"Sampai sekarang, bila saya ada masalah, saya tak cakap dengan orang, walaupun dengan mak atau mentua saya, saya hanya boleh pergi ke kubur dan berkongsi dengannya.

"Disebabkan itu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya.






"Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.

"Tapi saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik, yang membantu menjaga anak-anak saya." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 7-11-2021 03:08 PM
Ah sudahlah kau. Fokus kat anak2 kau tu jah la Soeb oi. Sorry akak kurang nak empati sebab ngkau Soeb. Kot Fattah Amin meratib gini lain la cerita.
Quote mojarean_X 7-11-2021 03:11 PM
Ni saya setuju. Byk orang pandang rendah pd kesihatan mental apabila berdepan tragedi.
Quote putericahaya999 7-11-2021 05:16 PM
Nampak mata sedih
Quote minahmanja 7-11-2021 05:21 PM
duda terlajak laris ni.. hehehe...
Quote ezacbee 7-11-2021 05:28 PM
Kawen cepat2 dibiarkan mental lagi susah.
Quote beatgirlX 7-11-2021 05:36 PM
Bab ni aku macam memahami...
Sebab aku tgk sengsaranya ayah mertua bila aruah mama meninggal..
Luaran nampak ok..mmg Kita tgk dia mcm move on tapi tak...
Kalau dia hilang tu mmg x g tmpt lain..ke kubur aruah..kekadang malam smpai 1-2 pagi kat sana..
Sebab mmg dari blm kawen smpai dah tua pun mmg romantik San sentiasa je sama2 susah senang.  
Makan tahun jugak baru ok..
Kita bkn dlm keadaan Shuib..dr susah smpai skg aruah Sarah la yg setia dgn dia..mungkin bnyk lg yg dia nak senangkan aruah tp x kesampaian..Kita tak tau semua tu..
Moga Shuib cepat move on dan kuat demi anak2
Quote codenamedream 7-11-2021 05:45 PM
Disebabkan itu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya.

Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.

Soeb jumpa Dr apa? Sakit puan ke
Quote babycc 7-11-2021 05:52 PM
Mmg segala gerak geri akan digambar ke shuib ni? Hari tu tertgk video anak sedih2 teringat emaknye sambil pgang tudung.. tp katanye tudung tu baru nak launch.. amek kesempatan utk marketing ke?
Quote codenamedream 7-11-2021 06:05 PM
babycc replied at 7-11-2021 05:52 PM
Mmg segala gerak geri akan digambar ke shuib ni? Hari tu tertgk video anak sedih2 teringat emaknye s ...

Wow. Riding kematian isteri sendiri
Quote opie5662 7-11-2021 06:29 PM
Punye la check mental setiap minggu... Kot x smpi setahun dah kawen baru....
Quote opie5662 7-11-2021 06:30 PM
babycc replied at 7-11-2021 05:52 PM
Mmg segala gerak geri akan digambar ke shuib ni? Hari tu tertgk video anak sedih2 teringat emaknye s ...

Aku sikit ponx sedih tgk video tu.. Nampak belakon sgt... Yes masa sarah meninggal dlu mmg sedih... Tp tgk skrg, mcm kisah tu dijadikan bahan marketing.... Bosan..
Quote matjerk 7-11-2021 06:36 PM
codenamedream replied at 7-11-2021 05:45 PM
Disebabkan itu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk meme ...

"Doktor peribadi" chu olsssss...

Teringat joy repah dulu.. masa kes cerai dia dulu... dia kata.. "sy serahkan kepada loyer peribadi saya"

Wowww loyer syariah loyer peribadi chu olssss
Quote wirazam 7-11-2021 06:57 PM
Doktor peribadi tu lelaki ke pompuan..
Quote chazey 7-11-2021 07:00 PM
babycc replied at 7-11-2021 05:52 PM
Mmg segala gerak geri akan digambar ke shuib ni? Hari tu tertgk video anak sedih2 teringat emaknye s ...

Sah2 la. Sebab tu malas ai nak empati. Dari awal kematian Sarah, riding kaw2.
Quote Madel 7-11-2021 07:13 PM
hint2 nak kawen lagi ke Shuib
kawen aje la shuib, nko org lelaki bukan ada tempoh edah pun.
Quote Nenasketum 7-11-2021 07:28 PM
Like we Malaysians give a hoot to this Indon?
Quote ReginaGeorge 7-11-2021 07:35 PM
Tanda2 awal perlu beristeri lagi ke
Quote dudaberhias 7-11-2021 07:42 PM
sooo????
Quote 3chanceno 7-11-2021 07:51 PM
Motip tiap2 minggu ada benang untuk Soeb meratap hiba di sicmed??
Bukan meols tak simpati, tapi ramai di luar sana kehilangan orang yg benar2 mereka sayangi tapi takde tempat untuk luahan

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.098762 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top