CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simpan Duit Dalam Coli Pun Habis Kena Kebas

5-11-2021 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4054| Komen: 40

Kota Bharu – Kes kehilangan wang penduduk kampung di Kubang Kerian di sini dipercayai akibat perbuatan toyol masih berlaku dengan kejadian terbaharu dilaporkan pada minggu lalu.


Dalam kejadian itu, seorang penduduk berusia 36 tahun yang enggan dikenali mendakwa, duit RM50 miliknya dan RM100 milik ibunya lesap dipercayai dilarikan makhluk halus tersebut semasa mereka berada di rumah.

“Lebih mengejutkan, ibu saya menyimpan wang tersebut (RM100) di dalam poket baju dalam (coli) yang berzip, namun ia tetap hilang.

“Jadi kami membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini,” katanya kepada Kosmo!

Gambar Hiasan


Difahamkan, seorang penduduk turut kehilangan wang RM2,000 yang disimpan dalam rumahnya.

Mengulas lanjut, lelaki itu memberitahu, bagi mengelak kejadian sama berulang, dia dan penduduk yang lain mengambil keputusan untuk menyimpan wang di bank dan akan mengeluarkannya sekiranya mempunyai keperluan.

Selain mangsa, empat lagi penduduk membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Kubang Kerian kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali memberitahu, kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 30-an hingga 70-an dan merupakan penduduk Kampung Pulau dan Kampung Pulong.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kira-kira 2,000 penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian tidak dapat tidur lena sejak akhir-akhir ini apabila semakin kerap berlaku kejadian wang tunai yang mereka simpan di dalam rumah tiba-tiba lesap.

Penduduk di Kampung Tok Kenali, Kampung Pulau dan Kampung Pulong mendakwa, kehilangan wang itu dipercayai angkara perbuatan toyol yang menyelusup masuk ke rumah mereka pada waktu malam.

Sejak Februari lalu hingga kini, kira-kira 20 buah keluarga di tiga kampung terbabit mendakwa sudah menjadi mangsa apabila duit mereka hilang dalam sekelip mata dengan nilai tertinggi yang pernah lesap mencecah sehingga RM10,000. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 5-11-2021 03:25 PM
teruja nk bc content sbb nk tau umur kwn tu...terkena kita
Quote Firenzza 5-11-2021 03:30 PM
Toyol tu raba2 kopek x rasa apa2 ke?
Quote mejaputih 5-11-2021 03:32 PM
Toyol x curi kat simpanan bilik kebal bank ke? Ke bilik kebal tu kalis toyol?
Quote nakkomenjugak 5-11-2021 03:38 PM
Kena letak surah yasin disebalik coli ke apa lepas ni
Quote doubleharmonic 5-11-2021 04:22 PM
motip letak duit kat tetek? tak bau kepam kah duit2 tu nanti?
Quote Nenasketum 5-11-2021 04:23 PM
Toyol ke mak ada toyboy?
Quote tikusmontok 5-11-2021 04:26 PM
Kuat main toyol set2 sskjp mandi lanje ni
Quote fortiori13 5-11-2021 04:52 PM
Ada orang cakap letak kacang hijau kat tempat simpan duit tu, nnt toyol tu leka main kacang hijau tu sampai lupa nak amek duit. Tak tau betul ke tak petua ni...
Quote TuntungReturn 5-11-2021 05:12 PM
bank negara dh lama bgktaw. amalkan cashless
Quote Suchi 5-11-2021 05:28 PM
doubleharmonic replied at 5-11-2021 04:22 PM
motip letak duit kat tetek? tak bau kepam kah duit2 tu nanti?

Coli ada poket berzip kan kira duk dlm poket bukan dicelah tek tu.

Bab bau kepam tu taktau laa kalau pakai coli tu je tak penah basuh2 maybe laa kepam juga
Quote budaktua 5-11-2021 07:51 PM
apa bila di tulis 'poket baju dalam'...perlu kah lg di lekat perkataan 'coli; di situ...?
Quote ezacbee 5-11-2021 07:55 PM
mejaputih replied at 5-11-2021 03:32 PM
Toyol x curi kat simpanan bilik kebal bank ke? Ke bilik kebal tu kalis toyol?

Toyol xtahan sejuk kot, beraircon.
Quote bakingsoda 5-11-2021 08:08 PM
toyol ni makhluk yg kita tak boleh rasa dgn sentuhan eh? ye la cane dia raba duit dlm bra tu
Quote Belibis 5-11-2021 08:16 PM
Bachokkkkkk..tolong aku Bachokkkkk..
Quote Belibis 5-11-2021 08:18 PM
Firenzza replied at 5-11-2021 03:30 PM
Toyol tu raba2 kopek x rasa apa2 ke?

Kalau rasa pun,mungkin biarkan ajer..sebab dah sedappp
Quote kucim 5-11-2021 08:18 PM
Hari tu saudara aku gatal2 1 badan...rupanya kena kencing dgn toyol..wallahualam..
Lepas berubat tu terus elok...duit pun hilang..
Toyol br kematian tuan maka merayap 1 kampung kutip hasil...
Quote mclaren 5-11-2021 09:00 PM
Kenapa lah toyol ni tak pergi je rumah billionaires.
Quote syamzana 5-11-2021 09:19 PM
sikit sgt collection 10k utk 20buah rumah. toyol skrg ni tak berevolusi ke, masih bekerja thp zaman 60an. p la curi duit dlm bank nun. rasanya kalau p amik kat 4 atm pun blh dpt byk lagi. penat je masuk rumah byk2 ujung2 10k je
Quote norawestallen 5-11-2021 10:21 PM
Kalo report pulis, camana pulis nak siasat toyol ni. Hihihihi

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.207074 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top