CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diana Mohon Sultan Johor, TMJ Bantu Bawa Pulang Rozzana

5-11-2021 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7675| Komen: 70

"Semalaman saya tidak boleh tidur memikirkan keadaan Rozzana. Saya merayu dan mohon bantuan orang ramai termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membantu kami sekeluarga untuk bawa pulang adik ke Malaysia," kata Nur Diana Abdul Rahim Lee.


Nur Diana, 46, yang juga kakak tiri kepada Rozzana Mat Nanyan, 35, rakyat Malaysia yang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Myongji, Korea Selatan.

Nur Diana dari Taman Bayu Damai, Pengerang di Johor berkata, keadaan Rozzana semakin kritikal dan doktor mengesyaki adiknya itu mengalami kerosakan otak akibat kerap diserang sawan.


Foto: IG


Menurutnya, doktor mengesyorkan adiknya menjalani pembedahan segera namun dia dan keluarga berharap prosedur serta rawatan selanjutnya dapat dijalankan di Malaysia kerana khuatir bil hospital akan meningkat jika berada lebih lama di negara itu.

"Saya tamat kuarantin semalam dan berkesempatan ke hospital tengah hari tetapi hanya dibenarkan melawat Rozzana untuk 10 minit saja.

"Dia (Rozzana) tidak sedarkan diri dan doktor beritahu keadaannya stabil beberapa hari lalu tetapi kritikal akibat serangan sawan di otak.

"Doktor tidak dapat kenal pasti punca sawan tetapi mengesyorkan pembedahan segera bagi membuang bahagian menjadi punca kekejangan namun ia agak berisiko kerana boleh menyebabkan kematian," katanya ketika dihubungi Harian Metro menerusi panggilan WhatsApp.

Nur Diana berkata, doktor memaklumkan Rozzana tidak boleh disedarkan buat masa ini dan masih perlu menggunakan trakeostomi (tiub pernafasan) yang dihubungkan dengan mesin ventilator.

"Ikutkan keadaan Rozzana tidak stabil lagi tetapi kami sekeluarga terutama emak mahu adik dibawa pulang ke Malaysia menerusi penerbangan ambulans udara.

"Saya juga hanya dibenarkan melawatnya sekali saja dalam seminggu.

"Saya dan keluarga sudah semak kos pengangkutan ambulans udara tetapi terlalu mahal iaitu RM375,000 tidak termasuk caj pengusung sebanyak RM78,000.

"Kami pula tidak mampu biar adik terus dapat rawatan di sini kerana setakat semalam, bil hospital sudah mencecah 11,510,490 won (kira-kira RM40,425) kerana wang yang ada termasuk hasil sumbangan rakyat Malaysia hanya cukup untuk membayar bil berkenaan, itu pun jika tidak ditahan lebih lama lagi," katanya.

Nur Diana berkata, ikutkan hati, dia mahu merahsiakan keadaan Rozzana daripada pengetahuan ibu, Kalsom Suleiman,66 kerana enggan menambah kerisauannya.

"Bagaimanapun, adik-beradik lain nasihatkan saya untuk berterus-terang supaya emak tidak lebih terkejut nanti apabila mengetahui keadaan sebenar.

"Emak harap sangat adik dibawa pulang ke Malaysia kerana mahu doktor di sana (Malaysia) merawatnya. Saya juga yakin ada pakar di sana boleh beri rawatan terbaik buat Rozzana," katanya.

Pada 10 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan kebimbangan Nur Diana mengenai keadaan Rozzana selepas adiknya dimasukkan ke Hospital Myongji selepas diserang asma.

Rozzana yang bekerja di kilang pembuatan buku dan kalendar di Incheon, Korea Selatan tidak sedarkan diri sejak 2 Oktober lalu iaitu hari pertama dimasukkan ke hospital kerana ditidurkan bagi mengelak terkena serangan sawan.

Susulan laporan itu, Kedutaan Malaysia di Seoul memaklumkan akan berusaha menyampaikan bantuan konsular kepada Rozzana.

Nur Diana pula berlepas ke Korea Selatan pada 21 Oktober lalu pada 8.40 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang sebelum transit di Singapura dan tiba di negara itu pada 9 pagi keesokan harinya.

Nur Diana bagaimanapun tidak dapat bertemu terus dengan Rozzana kerana dikehendaki menjalani kuarantin selama 10 hari terlebih dulu di sebuah hotel dekat Seoul. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 5-11-2021 02:49 PM
Tak pasal2 ahli keluarga susah hati tebalkan muka minta bantuan. Haritu dah minta tapi tak cukup.
Lepastu selama kakak tiri berada disana selama kuarantin tu makan pakai penginapan sendiri ke?? Dekat setengah juta tu nak bawa pulang. Kalau boleh stay, stay jelah rumah disana. Kos terlalu tinggi.
Quote haruslah 5-11-2021 02:52 PM
Rasa better stay sana
Kutip derma buat operation sana
Nak bwk blk pun mcm renyah jugak tu
Dlm keadaan mcm tu...
Mahal pun dekat stengah juta utk flight saje
Company x support ke
Quote Babai 5-11-2021 02:58 PM
Takde insuran ke kerja jauh2 tu?
Quote bottombikini 5-11-2021 03:01 PM
tak pasal pasal...
Quote naina 5-11-2021 03:06 PM
Bawa balik rumah penginapan yang memang dorang duduk je dulu..macam kebanyakan family Malaysia yang keluarga stroke kan Dorang bawa balik rawat sendiri sebb doktor takleh buat apa dah..yang ni nak terbang khas dari sana mahal. Pulak tu nak sedekah. Kalau keluarga senang xpelaa..topup ckit2 je netizen. Ni 100% macam susah..tapi mana tau rakyat malaysia kan pemurah
Quote kotakominami 5-11-2021 03:14 PM
Korea ni bil spital dia boleh tahan kejam....sbelom ni pon ade pasal kes bercuti pasti kena  bersalin kat korea tu pon bil melambung sampai kena minta derma. Lg satu yg bawa ayah melancong pastu sakit kat korea pun sama bil tinggi. Kalau takde sebab tak yah la pegi sana...bila sakit macam ni susah....kat malaysia ni walaupon menteri hauk tp baik lagi malaysia dr segi kesihatan nih..rasa terjamin...kilang dia pon bagus pulak lepas tgn je..pasni kita sokong lagi kpop kayakan negara dia....
Quote monreyes 5-11-2021 03:20 PM
ada asthma.. datang musim sejuk mmg
semput lah
Quote krustykrab 5-11-2021 03:23 PM
kotakominami replied at 5-11-2021 03:14 PM
Korea ni bil spital dia boleh tahan kejam....sbelom ni pon ade pasal kes bercuti pasti kena  bersali ...

Dia keje situ masuk cara halal ke haram..kslau haram mmg company lpas tangsn la...sama mcm kt msia yg illegal mmg company buat2 x nmpk je.
Quote krustykrab 5-11-2021 03:25 PM
naina replied at 5-11-2021 03:06 PM
Bawa balik rumah penginapan yang memang dorang duduk je dulu..macam kebanyakan family Malaysia yang  ...

Tu dia dh panggil tmj..harap2 tmj bg la pinjam jet dia kejap..alah rete byk masa ni la nk tolong...netijen pun bukan byk duit nk bg time pandemik ni ramai dh susah pun
Quote nakkomenjugak 5-11-2021 03:37 PM
Haihhhhhhh dah satu hal...
Quote Minami2013 5-11-2021 03:44 PM
Moga dipermudahkan urusan. Walaupun ada byk i nk kata, tp itu ujian buat keluarga.
Quote Cik_jantung 5-11-2021 04:02 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 09:31 PM

...........
Quote cmf_premierleag 5-11-2021 04:34 PM
dia ni kan yg keje kilang kat korea sana tu
ada tred psl dia sblm ni
tp semua x sure dia keje secara legal or illegal kt sana.kalo masuk keje dgn illegal tanap permit visa bagai,mmg majikan buat bodo je la
Quote shamsadis 5-11-2021 04:38 PM
mereka yang bekerja di luar, tidak wajib bayar cukai kepada kerajaan.

pandai pergi, pandailah pulang.

yang masih belum pergi, fikirkanlah risiko
Quote abangbikerz 5-11-2021 04:43 PM
klu tmj tolong kali ni, nanti kes2 lain pon tmj kena tolong la nanti
Quote monreyes 5-11-2021 04:49 PM
shamsadis replied at 5-11-2021 04:38 PM
mereka yang bekerja di luar, tidak wajib bayar cukai kepada kerajaan.

pandai pergi, pandailah pulan ...

alang2 nak gaji x 3.. baik g spore je.
cuaca sama nak balek pun senang..
Quote Abahmung 5-11-2021 05:03 PM
kotakominami replied at 5-11-2021 03:14 PM
Korea ni bil spital dia boleh tahan kejam....sbelom ni pon ade pasal kes bercuti pasti kena  bersali ...

Msia bil hospital murah utk warganegara je...klau utk warga asing sama je 2x5 mahal
Quote wikedsaikel 5-11-2021 05:08 PM
Cik_jantung replied at 5-11-2021 04:02 PM
Yang melancong tu kalau tak ambik insuran mmg bodohla.. kan boleh cover kos hosp in case ada kemalan ...

Betul ke insurance tak tanggung icu kalau di luar negara? Travel insurance.
Quote upper_case 5-11-2021 05:08 PM
Semoga dipermudahkan urusan.. kot2 ada org kaya pemurah yg dermawan dpt tolong..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.045936 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top