|
Siapa yang tidak kenal Usop, atau nama sebenarnya Muhammad
Saiful Naim Mohd Nor 24 yang pernah viral dalam program terbitan TV3 Mentor
Milenia 2017. Anak kelahiran Kedah itu telah mengikat tali pertunangan dengan
pilihan hati Nur Fatihah Md Hashim 25, pada Khamis 4 November 2021. Ditanya tentang bibit awal perkenalan, penyanyi Selamanya itu berkata dia mengenali Nur Fatihah di acara majlis Rumah terbuka sekitar tahun 2019. “Dia cantik dan tinggi orangnya, saya meminta instagram dengan niat sekadar berkawan. Saya tidak sangka hubungan kami menjadi serius sehingga mengikat tali pertunangan. Dia banyak menyokong saya ketika susah dan senang, saya mengenalinya ketika saya tidak punya kereta dan dia banyak mengubah penampilan saya,"katanya kepada MStar. Menurut Nur Fatihah pula, kejujuran dan keberanian Usop menyebabkan hatinya terbuka menerima bekas naib juara Mentor Milenia itu. “Dia baik dan jujur serta tidak mudah mengalah, keberanian berjumpa orang tua menyebabkan saya hormat dia walaupun dia lebih muda dari saya". Nur Fatihah merupakan model sambilan dan merupakan anak mami kelahiran Pulau Pinang. Sumber IG @teha_richer Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada bulan februari tahun depan. Menurut Usop beliau ingin mempercepatkan tarikh pernikahan tetapi atas komitmen kerjanya yang sibuk menyebabkan beliau memilih tarikh tahun depan. Menurut kata orang tua, Cinta itu bukan pada rupa kerana hati itu milik sang pencipta, dan semoga usop dapat mengharungi tempoh pertunangan kerana darah manis pasti banyak dugaannya. Tahniah Usop. -CARI |
laksmanabentan replied at 4-11-2021 05:20 PM
camtu laaa nak jadi artis, pandai jaga penampilann..
pakai skincare kann... baru ler cerah sikit.. ...
dudaberhias replied at 4-11-2021 05:27 PM
Tahniah atas pertunangan semoga sampai ke jinjang pelamin. Harap2 rezeki ucop murah dan melimpah rua ...

cikpuanviolet replied at 4-11-2021 06:09 PM
Wei dia buat drip untuk putih. Tak sayang buah pinggang gamaknya


Minami2013 replied at 4-11-2021 05:16 PM
Dari jauh mcm muka acik rita.. anyway, moga dipermudahkan urusan.


Acikgomen replied at 4-11-2021 06:11 PM
Dah putih betul ke is usop neh
Acik ingat filter apps




JunkMail replied at 4-11-2021 07:36 AM
Aku ingat lagi dulu acik² forum moskel dgn gelpren Usop ni sebab macam beauty and the beast .. nak ...
Acikgomen replied at 4-11-2021 06:11 AM
Dah putih betul ke is usop neh
Acik ingat filter apps
kiah_mai_pulak replied at 4-11-2021 07:39 AM
malam2 tutup lampu tak ni?? hehehe
2-2 mancung terletak, 1 mancung tang hidung, 1 mancung tang gigi ...

ADVERTISEMENT