CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarat Hamil, Ernie Zakri Perlu Rehat Secukupnya Sebelum Konsert Di Istana Budaya

3-11-2021 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3398| Komen: 11

Kandungan mencecah enam bulan, penyanyi Ernie Zakri bersyukur dan yakin masih mampu untuk menyanyi dengan baik.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia memerlukan rehat yang secukupnya sebelum persembahan di Konsert Patriotik Tanah Airku yang akan berlangsung di Istana Budaya pada Sabtu.


Foto: IG

"Alhamdulillah, saya masih boleh menyanyi cuma saya tak boleh terlalu penat. Insya-Allah dengan keadaan cukup rehat, saya boleh lakukan dengan baik.

"Sejujurnya, memang agak sukar dan mencabar dalam keadaan saya sekarang sangat berbeza. Tambahan pula konsert ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak.


"Tapi saya bersyukur pihak pengurusan sudah maklumkan kepada Istana Budaya untuk saya punya masa. Saya tak boleh berada lama di sana untuk latihan.

"Mungkin saya hanya akan datang sana apabila diperlukan sahaja. Sebab saya perlukan rehat secukupnya," katanya kepada mStar.



Selain Ernie, konsert yang akan diiringi kumpulan muzik orkestra itu turut disertai oleh Aina Abdul dan Syamel.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Syamel ini memberitahu dia melakukan latihan secara persendirian di rumah sebelum menjejak kaki ke pentas Panggung Sari, Istana Budaya.



"Untuk persiapan menjelang konsert ini, saya banyak berlatih di rumah dahulu. Sebab hari ini (Rabu) baru kami mula sesi latihan di Istana Budaya.

"Apa yang akan terjadi di pentas itu nanti saya tak dapat nak jangka lagi sebab saya tak melihat pentas sepenuhnya dan tak dengar lagi okestra macam mana.



"Buat masa ini persiapan hanya dari segi personal saya sendiri saja," ujarnya.

Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-11-2021 01:42 PM
Konsert apa setakat beberapa lagu je kau ni eni?
Quote slyfynx 3-11-2021 01:56 PM
Soalan, mmg mulut suaminye tu muncung mcm tu sepanjang masa ke?
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 10:14 AM
Yihhhh nuka syamel kuat duck face
Quote ReginaGeorge 4-11-2021 08:33 PM
Semoga bertabah dengan resmi encik somi. [em:18:]
Quote yayah8989 5-11-2021 10:55 AM
Flawlessnye muka erni
Quote laksmanabentan 5-11-2021 11:13 AM
husband sheollss pakai foundation ker camna tu???

alolololo mulut terjuihhhh..... seksi ker camna tu??
Quote sleepandream 5-11-2021 12:17 PM
konsert patriotik? nyanyi lagu2 macam bahtera merdeka kah?
Quote dudaberhias 5-11-2021 12:50 PM
semoga anak sihat dan herlokkk cantik... hensem dan straight... supaya dapat di jadikan content kepada umum kelak... sebab nak harapkan ayah dan ibu sudah tentu la takde market...
Quote eely_shana 5-11-2021 03:06 PM
semoga sihat n selamat bersalin erni
Quote emmaorabelle 18-4-2023 12:51 PM
Terima kasih atas informasi tersebut. Berdasarkan keterangan yang diberikan, penyanyi Ernie Zakri menyatakan rasa syukurnya karena masih dapat menyanyi dengan baik meskipun sedang mengandung enam bulan. Dia juga menyebutkan bahwa dia memerlukan rehat yang cukup sebelum tampil di Konsert Patriotik Tanah Airku yang akan diadakan di Istana Budaya pada hari Sabtu. exhibit of sorrows
Quote mayo72218 3-7-2023 05:30 PM
Itu sahaja maklumat berguna yang saya perlukan. Saya menghargai perkongsian anda.
Vampire Survivors

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053312 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top