CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nana Mahazan Beli Kereta X70 Untuk Ibu Bapa

3-11-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5704| Komen: 39

Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan membuat kejutan dengan menghadiahkan ibu bapanya kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai lebih RM95,000.

Hadiah itu diberikan sempena menghargai jasa dan pengorbanan orang tuanya itu.


Foto: IG

Nana berkata, sebelum ini ibunya pernah memperkatakan mengenai kereta berkenaan sekali gus dia terdetik untuk merealisasikannya.

"Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi riak. Moga kita sama-sama dapat teruskan usaha kita untuk menggembirakan ibu bapa kita.

"Jangan pernah mengalah dan penat. Berusahalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Bukan hasil saja yang dipandang, usaha lebih jauh dihargai. Tiada apa-apa pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan untuk menggembirakan yang kita sayang, tiada yang sia sia," katanya yang berkongsi video kejutan di Instagram miliknya.


Menurut Nana, dia turut mendoakan agar semua pihak yang menyaksikan rakaman video terbabit semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk membalas jasa kedua ibu bapa.

"Saya doakan semua yang menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan insan yang kita sayang.




"Kepada mak dan abah, Nana bersyukur dapat keluarga yang amat menyokong, 'cool' dan terbaik. Terima kasih mak dan abah sebab selalu percaya dengan Nana. Terima kasih juga buat suami atas restu dan sokongan. Tidak dilupakan kepada adik-beradik, keluarga, pasukan saya dan sahabat-sahabat yang selalu mendoakan. Semoga semua yang baik-baik berbalik pada kalian," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 3-11-2021 11:41 AM
alhamdulilah seronoknya, tak silap masa dia kawin dia hadiahkan kereta juga ke mak dia

moga makin murah rezeki nana gembirakan org tua
Quote eely_shana 3-11-2021 11:49 AM
tahniah nana. berbakti utk kedua ibu bapamu.
Quote Rogue98 3-11-2021 11:57 AM
Bagus Nana ni. Dulu masa AF dialah yg paling orang kutuk. Tapi skrg banyak dah perubahan ke arah kebaikan yg dia buat. Congrats Nana.
Quote Ina_pk 3-11-2021 12:00 PM
hotmak replied at 3-11-2021 11:41 AM
alhamdulilah seronoknya, tak silap masa dia kawin dia hadiahkan kereta juga ke mak dia

moga makin m ...

Betul. Masa dia kahwin dia hadiahkan mak dia MERCEDEZ...
Quote princessmiang 3-11-2021 12:06 PM
bagus tol... takdelah asyik belikan kerusi urut je
Quote Kurex 3-11-2021 12:32 PM
Muka somi dia macam pejal tahir
Quote Fazzbulous 3-11-2021 12:47 PM
i suka nana ni...modern mum...tapi still blh handle rumah tgga baik..jaga anak2...huhuhuhu...
Quote rain2169 3-11-2021 12:52 PM
sejak bertudung.... I suka tengok nana...
Quote girlwithnojob 3-11-2021 01:00 PM
damn nice la, terbaik
Quote Cpkay 3-11-2021 01:31 PM
hotmak replied at 3-11-2021 11:41 AM
alhamdulilah seronoknya, tak silap masa dia kawin dia hadiahkan kereta juga ke mak dia

moga makin m ...

ya.. merz kaler putih untuk mak dia time tu
Quote tagas 3-11-2021 03:35 PM
umah jln abd rahman muo area2 umah elit

berjiran dgn parent ac mizal

dua2 parent ex police

Quote dudaberhias 3-11-2021 03:44 PM
Kurex replied at 3-11-2021 12:32 PM
Muka somi dia macam pejal tahir

ha'ah iras2 sangat... ala2 driver lori gitu kannn...
tahniah nana dapat membahagiakan ibu bapanya...
Quote TabletSusu 3-11-2021 04:03 PM
Tahniah nana..!! aku suka keta jenis suv ni. sgt cantik bila pompuan bwk suv

aku pernah nak belikan x70 ni utk mak aku.. tp mak aku marah.. ko nak suruh aku msuk hutan ke?
beli bezza cukup. aku bkn nak jalan jauh2. nak gi pasar je

end-up mmg beli bezza je.. hutang lah tp. Nana mesti beli cash tu
Quote AKAZ85 3-11-2021 04:22 PM
Lawa pulak nana bila dah bertudung ni
Quote hareeeesah 3-11-2021 04:37 PM
AKAZ85: Lawa pulak nana bila dah bertu ...


Kan… nampak la berubah dari dalaman juga bukan setakat luar je tunjuk bertudung..
Quote NekNgah 3-11-2021 05:48 PM
Anak perempuan ikut muka suami, anak lelaki ikut muka Nana.  

Anak-anaknya mesti cantik & handsome bila dah hit puberty.
Quote innocentsangat 3-11-2021 06:09 PM
Alhamdulillah. Moga murah rezeki selalu Nana & kita semua. Aamiin.
Quote Pujangga22 3-11-2021 07:23 PM
urban2 pun still msuk dapur..happy jer tgok
Quote None68 4-11-2021 08:00 AM
Terbaiklah Nana

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036575 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top