Penyanyi Aina Abdul mengakui tidak tertekan apabila setiap video baharu yang dimuat naiknya di YouTube mendapat tanda tidak suka oleh pendengar.
Aina berkata, biarpun dirinya menerima perkara itu dengan positif namun ibunya pula sedikit terkesan dan tertanya-tanya mengapa ada yang menekan tanda tidak suka. "Saya memang tak tertekan langsung sebab saya faham setiap pendengar mempunyai selera dan pandangan tersendiri. Tapi, mak saya pula yang sedikit terkesan dengan perkara ini. "Mak saya adalah peminat nombor satu saya. Jadi, dia akan memantau berapa banyak tanda suka atau tidak suka yang saya terima. Bila berjumpa dengannya, dia mesti akan bertanya kenapa perkara itu berlaku dan saya terpaksa jelaskan yang kita perlu faham selera pendengar berbeza-beza.
"Lagipun, kadang-kadang negatif komen pun boleh memberi satu pengajaran kepada saya untuk menjadi lebih baik. Bagi saya berapa pun jumlah tanda suka atau tidak suka, apa yang penting mereka tetap menyumbang kepada setiap video yang dikongsikan iru," katanya.
|
anilanil replied at 2-11-2021 11:50 AM
Ko amik pegang smartphone mak tu. Suruh dia mengait ke, tanam pokok ke, buat cross stitch ke. Kang t ...
anilanil: Ko amik pegang smart
phone mak ...
sarah82: Suara dia sedap
ADVERTISEMENT