CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahu Suami Curang Selepas Tengok Bayi Skandal Ada Tanda Lahir Sama Dengan Anaknya

2-11-2021 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4011| Komen: 20

Description: Washington: Seorang ibu mengetahui suaminya curang dengan wanita lain selepas melihat anak dilahirkan rakannya mempunyai tanda lahir sama dengan anak lelakinya.
Washington: Seorang ibu mengetahui suaminya curang dengan wanita lain selepas melihat anak dilahirkan rakannya mempunyai tanda lahir sama dengan anak lelakinya.


Menceritakan perkara terbabit melalui akaun TikTok miliknya, Hailey yang juga ibu kepada empat anak berkata, pada mulanya dijemput menghadiri majlis menyambut kelahiran anak rakannya itu dekat sini.

Beberapa hari kemudian, dia terkejut melihat dua tanda lahir pada bayi perempuan rakannya ketika mahu menukar lampin menyamai anak lelakinya sendiri.


Hailey, Foto: Tiktok

Hailey terus bertanya kepada wanita itu yang akhirnya mengaku mempunyai hubungan dengan suaminya dan itu anak mereka.


Menurut Hailey, dia yang sebelum itu turut membawanya ke hospital selepas dihubungi apabila rakannya sakit mahu sakit untuk bersalin.

"Saya yang memberi bayi itu mandian pertamanya. Ia adalah pengalaman yang manis dan saya gembira menjadi sebahagian daripada mereka.

"Tiga hari kemudian saya melihat tanda lahir yang memang menjadi tanda turun-temurun bagi keluarga kami.

"Saya biasa dengannya kerana anak lelaki saya ada tanda lahir sama iaitu sekeping tulang rawan tambahan di luar leher menyebabkan dia dilihat seperti bayi Frankenstein.

"Anak yang lain juga mempunyai tanda yang sama, oleh itu saya tahu itu memang bayi bekas suami saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 2-11-2021 08:52 AM
Oh skrg dah jd ex husband, ok la tu
Tp  xckp pulak masih jd bf ke dgn org ke 3 tu
Quote sarah82 2-11-2021 09:51 AM
Aku teringat kisah kat reddit.. Dia punya happy tlg kwn baik dia yg mengandung pi check up segala bagai.. Sekali kantoi bila dia terdengar adik dia ckp kat mak bapa dia yg x mampu nak teruskan berbohong yg bapa kepada bayi yg bff dia kandung tu adalah bf dia sendiri.
Quote prettyuglybabe 2-11-2021 09:52 AM
bagus la.. laki curang ceraikan aja..
bukan meroyan tak cukup tanah ujung-ujung hadap jugak laki curang tu..
Quote mawar_mustika 2-11-2021 10:01 AM
2 3 hr ni byk plak kluar terbaca kes bff buat hal...dh lh tgh sedih sbb bff buat hal
Quote kaogi 2-11-2021 10:41 AM
sarah82 replied at 2-11-2021 09:51 AM
Aku teringat kisah kat reddit.. Dia punya happy tlg kwn baik dia yg mengandung pi check up segala ba ...

Adik dia ke bf kat BFF dia..
Quote sarah82 2-11-2021 11:01 AM
kaogi replied at 2-11-2021 10:41 AM
Adik dia ke bf kat BFF dia..

Mcm ni.. Hahahahaha.. Kak sarah bg nama ok

Dia = A
BFF = KAMJAD
BF = HANAT
Adik = Sis
MAK BAPA DIA = EP (entitlement Parent)
Mak bapa BFF = KAMJAD 2
Mak Bapa BF = HANAT 2.

kisahnya mcm ni lebih kurang.

Masa dia dlm umur dlm 17-18 tahun mcm tu.. KAMJAD @ BFF dia mengandung.. Puas dia tanya sapa bapa pada anak dlm kandungan tu.. Tapi KAMJAD tak nak bgtau sapa2 dan tak nak gugurkan juga. Jadi sebagai seorg kwn dia pun sokong la KAMJAD lalui fasa mengandung siap pi kelas ibu mengandung & partner,  teman setiap kali check up perut dan opkos cari nama utk baby tu.

One fine day... Dia terdengar perbualan Sis dgn EP yg sapa bapa bayi dalm kandungan KAMJAD tu... Mesti la dia berkejut dan connect the dot yg ex bf KAMJAD pernah suruh dia check ttg HANAT tido dgn KAMJAD.. Tapi dia ingat tak mungkin la 2 org yg paling dia percaya akan buat mcm tu.

Jadi dia berdepan dgn sistur & EP.. Tapi depa ni semua back up si KAMJAD & HANAT dgn alasan 3 keluarga ni sangat baik antara satu sama lain..

Fast forward.. KAMJAD nak bersalin.. Dia merayu sangat kat EP.. Jgn la pi teman KAMJAD 2 & HANAT 2 memandangkan KAMJAD nak bersalin.. Tapi EP ckp kat dia jgn selfish.. Kak sarah mc.. FFFFFF u selfish.. Hanat betul punya mak bapa.. Anak ang dilukai.. Ang boleh sembang ttg selfish.. Selfish kepala bana ang gitu..

Mlm tu juga dia lari dari rumah dah mula kan kehidupan baru... Dan setelah hampir berbelas tahun ...dia pun dah nikah... Dan berjaya.. Anak saudara cari dia.. Since keluarga dia dah miskin sebab covid.. Dia ingat nak tolong... Dia balik ke sana dgn suami dan anak dia..

EP paksa dia ada balik hbgn baik dgn KAMJAD & HANAT for sake of she want her F family back.. lepas tu HANAT2 & KAMJAD2 salahkan dia sabab anak2 depa bergaduh.

Victim blaming to the max.

Kesimpulannya.. Ada masa KELUARGA DARI DNA YG SAMA MMG TAK GUNA



Quote tikusmontok 2-11-2021 11:23 AM
Lebih tertarik dgn kisah tulang rawan tambahan tu
Quote chilly 2-11-2021 12:48 PM
Tulang rawan tambahan kat leher tu cemane bentuknya? Macam Frakenstein? Ehhh aku lagi berminat nak tau yang tu.
Quote Artemesiaa 2-11-2021 12:59 PM
Benda menipu ni cepat lambat selalunya pasti terbongkar juga nasib dah jadi ex dia sekarang
Quote kaogi 2-11-2021 05:09 PM
sarah82 replied at 2-11-2021 11:01 AM
Mcm ni.. Hahahahaha.. Kak sarah bg nama ok

Dia = A



Quote sarah82 2-11-2021 05:17 PM
kaogi replied at 2-11-2021 05:09 PM

Sorry byk carutan sbb kak sarah geram gila bila teringat balik kes reddit tu
Quote matbad 2-11-2021 06:30 PM
conclusion, aku suka nama2 tu sbg tanda luahan prasaan hahahaha
Quote darkness 2-11-2021 09:45 PM
Nak tahu pulak tulang tu macam mana bentuknya
Quote edayildiz 2-11-2021 09:48 PM
bekas somi khenzzz...so apa mslhnyaaa
Quote Mulotkoyak 2-11-2021 11:06 PM
Harap xmeroyan seperti sekor tuh laaa
Quote slyfynx 2-11-2021 11:24 PM
Birthmarks causes

Ok, aku br tau yang birthmark ni ade yang hereditary.
Baru nk confuse pasal ape die tgk birthmark die tau tu anak laki die.
Quote Decaffeinated 2-11-2021 11:44 PM
apasal kecacatan tulang dipanggil birthmark?

Quote ultra78 3-11-2021 12:23 AM
sarah82 replied at 2-11-2021 09:51 AM
Aku teringat kisah kat reddit.. Dia punya happy tlg kwn baik dia yg mengandung pi check up segala ba ...

Sampai ke reddit ye kau berforum.
Quote sarah82 3-11-2021 01:54 AM
ultra78 replied at 3-11-2021 12:23 AM
Sampai ke reddit ye kau berforum.

Aku baca je... Bukan berforum.. Aku suka baca kisah hantu omputeh.. Muahahaha

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.244492 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top