Kaherah– Seorang lelaki di Mesir bertindak memfailkan tuntutan mahkamah untuk menceraikan isterinya yang baru sebulan dinikahinya selepas kecewa melihat wajah wanita itu tanpa solekan, lapor akhbar Gulf News.
Menurut suami berkenaan, selepas hari perkahwinannya, dia terkejut melihat wajah isterinya itu tanpa secalit solekan. “Saya tertipu dengan wajahnya kerana dia sering mengenakan solekan yang tebal. “Dia langsung tidak cantik tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah.
Jelasnya lagi, dia berkenalan dengan wanita itu menerusi laman sosial Facebook di mana isterinya itu kerap memuat naik fotonya yang disolek cantik. Selepas bertemu selama beberapa kali, lelaki itu akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan wanita tersebut. “Saya terkejut, wajahnya amat berbeza berbanding wanita yang saya kenali sebelum kami berkahwin. “Saya tertipu dan mahu menceraikannya,” kata lelaki itu. – CARI Sumber: Kosmo
|
stingerchillaxs replied at 1-11-2021 09:13 AM
Yg pasti laki turki tak macam ini.....kata edaylidiz...
Kahkahkahkahkahkah
tikusmontok replied at 1-11-2021 09:32 AM
Bukak mulut bau budu terus kena cerai
krustykrab replied at 1-11-2021 09:52 AM
Entah knp tetiba aku teringat cikta
stingerchillaxs replied at 1-11-2021 09:37 AM
Kau jgn...sekor itewww kaki report..jenis sentap spinal...
Kahkahkahkahkahkahkahkah
ADVERTISEMENT