Seorang wanita melahirkan bayi lelaki seberat 6.35 kilogram (kg), dan didakwa sebagai bayi ketiga berbesar dalam sejarah kelahiran di United Kingdom (UK).
Cherral Mitchell, 31, memerlukan dua orang bidan ketika proses melahirkan bayi lelakinya yang diberi nama Alpha menerusi kaedah pembedahan. Disebabkan saiz dan beratnya, Alpha digelar 'Baby Hippo' dan 'Butter Bean'. Alpha, yang merupakan anak keempat kepada Cherral dan suami, Tyson, dilahirkan ketika berusia 38 minggu.
Pemegang rekod sebagai bayi terbesar di UK adalah Guy Carr yang dilahirkan dengan berat 7.03 kg pada tahun 1992. Rekod bayi kedua terbesar pula disandang oleh George King yang dilahirkan seberat 7 kg pada 2013. -CARI Sumber: mStar/ Dailystar
|
ADVERTISEMENT