CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Tertukar Bayi- Siti Jamumall, Diana Hanani Nekad Teruskan Saman

1-11-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3874| Komen: 23

"Bukan sebab duit!"

Demikian tegas Siti Suriani Wahiddin ketika mengulas mengenai tindakannya untuk meneruskan proses perundangan terhadap Hospital Umra berhubung insiden tertukar bayi, Jun lalu.


Kisah Siti Suriani dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman menjadi tumpuan negara sekitar Jun lalu selepas bayi mereka tertukar dengan bayi milik pasangan Diana Hanani Abdullah dan Muhammad Khairulazman.

Menerusi satu sidang media 'Bayi Yang Tertukar' yang turut disiarkan secara langsung di paltform Facebook dan TikTok baru-baru ini, usahawan yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall itu turut menjawab panjang lebar mengenai insiden yang berlaku lima bulan lalu.


Foto: mStar Online


"Kita nak jadikan ini satu mesej penting kepada masyarakat dan semua orang supaya lebih berhati-hati.

"Ini bukan sesuatu yang tak mungkin boleh terjadi. Saya percaya kes tertukar bayi bukan pertama kali berlaku, tapi belum lagi dibawa hingga ke mahkamah," ujarnya.

Sidang media tersebut turut disertai pasangan Diana Hanani dan suami, serta peguam yang mewakili mereka dari Tetuan Marcus Tan & Co.

Tambah wanita berusia 23 tahun itu lagi, perkara yang lebih membuatkannya berasa terpanggil untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan adalah disebabkan cara pihak hospital berkenaan mengendalikan insiden berkenaan.

"Hari kami dipanggil semula ke hospital untuk tukar semula bayi, saya ada berjumpa dengan orang atasan. Mereka ada cakap apa yang berlaku adalah sesuatu di luar jangkaan.

"Saya ada terdengar mereka nak buang staf yang terlibat. Bagi saya, bukan saya puas hati kalau mereka ambil tindakan nak buang, bagi saya adalah kebertanggungjawaban mereka ke atas anak saya.

"Anak saya dilahirkan pada 2.36 pagi, tapi esoknya dah dibenarkan keluar. Belum cukup 24 jam di bawah pemantauan pihak hospital. Itu sangat merisaukan saya.

"Saya sendiri pula yang terpaksa tanya adakah anak saya dah dapat suntikan, mengenai ujian DNA... saya yang minta hospital buat pemeriksaan yang lebih jelas," ujarnya sambil menambah, ia adalah pengalaman keduanya bersalin di hospital yang sama.


Foto:  mStar Online

Dalam sidang media yang sama, Siti Suriani sekali lagi menegaskan bahawa apa yang berlaku sama sekali tiada kena mengena dengan tujuan 'marketing'.

"Kita rasa sakit hati, anak tertukar tapi orang kata marketing. Terus terang, benda ini berlaku tanpa dirancang, tanpa sangkaan saya. Buat untuk marketing? Tidak!

"Saya pun tak pernah kenal dan tahu Puan Diana ini siapa tapi Allah dah takdirkan ini terjadi yang kita tak pernah sangka," ujarnya lagi.

Sementara itu, peguam yang mewakili pasangan berkenaan, Marcus Tan berkata, ketika ini pihaknya sudah memfailkan saman pemula untuk proses penzahiran (discovery).

"Untuk waktu ini, ia di peringkat proses penzahiran dahulu sebelum kita failkan saman seterusnya kerana kita perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai doktor, jururawat dan kakitangan yang terlibat, iaitu orang yang mengakibatkan kecuaian.

"Setelah sekiranya kami diberi satu perintah oleh mahkamah, kami akan gunakan maklumat tersebut untuk failkan saman yang seterusnya.

"Menjawab mengenai persoalan mengapa dah lama tapi baru di peringkat penzahiran, pihak kami cuba dapatkan maklumat yang kami nak untuk tindakan mahkamah, tapi pihak peguam hospital ada beri maklumat seperti medical report tapi bukan maklumat lengkap atau maklumat yang diminta oleh pihak Puan Siti dan Puan Diana. Sebab itu makan masa lama," ujarnya.


Foto:  mStar Online


Tambah peguam tersebut, mahkamah telah menetapkan 10 November ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Kisah dua pasangan ini tertukar bayi selepas dilahirkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Jun lalu, menggemparkan negara dan turut mendapat liputan mStar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 1-11-2021 09:04 AM
Bagus teruskan puan-puan sekalian. Insiden ni bukan kecil. Jadikan pengajaran kepada semua pihak hospital.
Quote 234126 1-11-2021 09:23 AM
Setuju. Bukan sebab duit. Anak belum cukup 24 jam lahir dah bagi discharge tak ke naya, cuai. Ni saman sebab cuai. Bonus duit tu rezeki anak yang lahir. Dugaan manusia tak sama. Sibuk je netizen yg kecam. Tak kena kat batang hidung.

Pernah ada kes ibu dah bonding kena lepaskan anak kat ibu bapa sebenar. nak bonding bukan senang, emosi perasaan.
Quote supermum 1-11-2021 10:05 AM
Nasib parents perasan. Tu pun dah start bonding mak-mak tu kat anak orang lain.
Quote Mooverine 1-11-2021 10:19 AM
Teringat masa tengok live dia malam tu. Terus tak dapat tidur malam, sebab sedih sangat. tak ada anak tapi tetap dapat faham perasaan dia.
tapi tu lah ada juga yang condemn dia. marah dia sebab tak check la, kenapa cuai la..
kenapa masih dapat live walaupun tgh sedih etc etc
harap-harap tak kena batang hidung sendiri, tu ja lah komen saya malam tu.
kadang-kadang hairan juga dengan pemikiran sesetengah netizen ni.
Suka sangat salahkan mangsa. patutnya focus lah kat hospital tu sebab sah-sah cuai
Quote mrsLucky 1-11-2021 11:42 AM
Samsn jangan tak Saman. Bagi pengajaran pada pihak hospital. Traumatic kot trrtukar anak. I cannot imagine
Quote scorpionkiki 1-11-2021 11:51 AM
Entah brp.banyak lagi bayi tertukar di hospital tp sampai skrg tak sedar....
Quote uori 1-11-2021 11:55 AM
Kes tertukar baby kembar yang dah besar tu ada saman tak?
Quote Supersirap 1-11-2021 12:06 PM
Semoga kejadian ini dijadikan iktibar buat semua pihak dan sentiasa membuat kerja dengan berhati-hati dan teliti
Quote tipah89 1-11-2021 01:10 PM
org kata marketing sbb time anak tertukar tu hang dok sebok live saja kot. tapi aku setuju je dia amek tindakan undang2 kat sepital ni. pengajaran utk semua sepital n staff utk lebih berhati2 buat kerja
Quote ais_kosong 1-11-2021 01:47 PM
Setuju ambil tindakan undang-undang. Pn Dania tu dah sayang kat anak
Siti. Emosi lepas bersalin pun xstabil lagi. huhu..
Quote kelapaparut 1-11-2021 01:54 PM
dua2 makpak nmpk elok2 ye, kalu ttukar anak tu bile bsr pun xperasan
Quote lilydandelion77 1-11-2021 03:07 PM
Pelik betul management tak check ke tiap kali nak release baby bawak balik? Iols pernah merasa private dgn semi private, dua-dua kena check dgn nurse and security guards sebelum release.
Kalau iols pun mmg proceed saman. Sbb fee sepital tu bukan seribu dua hinggit...Fee mahal tapi security cokia.
Quote johan-adx 1-11-2021 03:11 PM
mujur tersedar...klu tak sedar smp ke tua ingt tu zuriat sndiri
Quote ellejo 1-11-2021 03:11 PM
saman je. ni anak kot bukan beg atau luggage boleh diignore.
Quote Suchi 1-11-2021 03:24 PM
Walau dah ada kes aman2 je lagi org duk beranak sini
Member sekolah baru minggu lepas kot beranak kat sepital nih.
Tak risau plak depa2 ni ye?
Quote KamikuP 1-11-2021 04:18 PM
Walaupon ko balut jongkong emas tipu ngan kertas emas i sapot u siti
Quote lil_bratz 1-11-2021 04:42 PM
hospital haprak
Quote chazey 2-11-2021 12:35 AM
Yeap. Teruskan aja. Kenakan manusia2 bodoh buat kerja seropa sifir 1 pun tak pass.
Quote CikYaYaYa 2-11-2021 12:35 AM
Samann jerr. Yang kecamm tu kemain lagi erk. Tah2 kalau kena ats btg idung sendrii meroyan xckup tanah gakk. Ko ingat kes tertukar anak ni kes kecil ke.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061059 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top