Enggan dikata menunjuk-nunjuk aset kekayaan dimiliki, penyanyi Black Hanifah, 33, menjelaskan bahawa dia tidak berniat sedemikian.
Dia sebelum ini memuat naik video membaca ayat kursi seperti disarankan ustza ketika masuk ke rumah baru. Tegasnya, warganet sepatutnya melihat dari sudut kebolehannya mengaji dengan baik. "Bila berkongsi bukanlah bermakna saya nak menunjuk yang saya ada banyak aset. "Dalam masa yang sama, kita kena jelaskan mengaji untuk apa. Contohnya, bila masuk rumah baharu kenalah mengaji.
"Itu satu contoh untuk orang lain yang nak masuk rumah baharu agar ikut cara ini. Kalau nak menunjuk, dari awal beli dan dapat kunci saya dah buat," katanya kepada Harian Metro. Menurut Black, rumah lot tepi di sebuah kawasan perumahan di Selangor itu sebenarnya dibeli sejak tiga tahun lalu, namun tidak diduduki kerana dia tinggal di rumah lain. Bagaimanapun, dia dan isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi baru-baru ini ke sana untuk mencuci rumah.
|
dudaberhias replied at 1-11-2021 08:28 AM
ok memang betul pun apa hitam kata tu...
ada kata retis2 dulu susah nak dapat duit... tapi sebenarny ...
hotmak replied at 1-11-2021 11:08 AM
oh mampu beli rumah, bukan last dia antara yg merentan mintak bantuan ke time pkp
ADVERTISEMENT