Seorang pensyarah di Korea Selatan dilaporkan memberi kuliah dalam talian ketika berada di bilik mandi, dan secara tidak sengaja menghidupkan kamera.
Pensyarah yang tidak didedahkan namanya itu, sedang mengadakan kelas untuk pelajarnya di sebuah universiti di Seoul. Kelas tersebut sepatutnya diadakan secara audio sahaja, namun entah bagaimana kamera milik pensyarah itu dihidupkan, lapor penyiar tempatan SBS yang dipetik Daily Star. Pelajar dapat melihat dengan jelas pensyarah berkenaan berbogel di bilik mandi.
Bercakap kepada pemberita, seorang pelajar berkata: "Ia sangat mengejutkan. Saya datang untuk kuliah, bukan untuk mandi air panas. "Pensyarah itu bagaimanapun tidak bercakap mengenai kejadian itu dan meneruskan kelas seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi kami terus mendengar percikan air." Pensyarah berkenaan telah menghantar emel kepada para pelajarnya untuk memohon maaf, memberitahu mengalami kesan sampingan selepas mengambil dos kedua vaksin Covid-19. Tambahnya, kejadian malang itu hanya berlaku kerana dia enggan membatalkan kelas. Universiti tersebut dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa kakitangan akan bermesyuarat menyiasat kejadian itu. Berdasarkan keputusan jawatankuasa, tindakan tatatertib mungkin akan diambil terhadap pensyarah berkenaan. Sumber: mStar
|
merrissa replied at 31-10-2021 04:32 AM
ahahhaa..tula lain kali tutup la camera kau tu....even kt hp pon boleh psng cover...
but y....kene ...
ADVERTISEMENT