|
Pengarah, Datuk Rafiena menanggung kerugian besar gara-gara terpaksa gugurkan Zizi Kirana daripada produksi drama Jamu Nesan yang berbaki 30 peratus sahaja lagi.
Katanya dia hormat keputusan Zizi bertudung dan tak dapat teruskan shooting. "Nak tak nak saya terpaksa akur dan hormat dengan keputusan dia memakai hijab dan disebabkan itu saya terpaksa buat keputusan drastik dengan mengugurkan nama dia daripada drama. "Sudah tentu perkara ini menganggu sedikit jadual penggambaran terutama artis-artis lain yang beri komitmen daripada awal. Saya terpaksa buat keputusan drastik, keputusan gila dengan menggantikan dia kepada panyanyi Didi Astillah," katanya kepada mStar.
Rafiena menambah sebelum ini Zizi bersetuju untuk menyesuaikan imej tudung dengan watak yang perlu dibawanya dalam drama tersebut. Namun selepas itu Zizi didakwa tukar fikiran dan beri pelbagai alasan.
|
brown_pupil replied at 28-10-2021 02:19 PM
laki x kasi le tu..
Mooverine replied at 28-10-2021 02:26 PM
Janganlah dia ni mcm jenis pompuan yang bila kawin terus buang kawan, terus melekat dgn suami saja ...

Suchi replied at 28-10-2021 03:24 PM
Sepatutnya ko habiskan je drama tu dulu baru laa berjilbab.
Tu pasal laa iols selalu rasa kalau masi ...
brown_pupil replied at 28-10-2021 02:27 PM
org baru kawen kan.. of course la nak melekat dulu..

anggeriklatifah replied at 28-10-2021 02:47 PM
"Jadi dia kata nak pakai tudung dan saya setuju, walaupun tak tahu nak gambarkan seorang ketua mafia ...

ADVERTISEMENT