Kupang: Seorang pelajar sekolah menengah maut dipukul oleh seorang guru gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah.
Lapor CNN Indonesia, mangsa dikenali sebagai MM dipukul di bahagian kepala dan ditendang oleh gurunya kerana kesal tugasan yang diberikan tidak disiapkan. Mangsa berusia 13 tahun juga dicederakan oleh gurunya menggunakan belahan buluh. Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kalabahi bagi menerima rawatan. Selepas sepuluh hari dirawat, mangsa disahkan meninggal dunia Selasa lalu.
Guru yang dikenali sebagai SK diberkas oleh pihak polis dan ditahan di Pejabat Polis Alor. Jenazah mangsa masih ditahan untuk proses bedah siasat di Hospital Kalabaho, Alor, Nusa Tenggara Timur. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Alor, Agustinus Christmas bagi mengetahui punca sebenar kematian. Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
edayildiz replied at 28-10-2021 12:50 PM
mental la tendang2 ank org..
tp tu la cikgu yg skt jiwa pun ttp kerja mcm biasa kan..mana buang ke a ...
nakkomenjugak replied at 28-10-2021 12:55 PM
Hamboiiii kalau budak tu tak siap keje sekolah, ko bakal masuk neraka kaaaa???
Adrif replied at 28-10-2021 09:36 PM
kalau dekat tempat kita, mungkin orang dah angkat sepanduk untuk melindungi guru tersebut
sebab gur ...
ladybugz replied at 28-10-2021 09:34 PM
jadi cikgu ni mmg tahap kesabaran kena jauh luar biasa dari org lain. esp utk pre teens n teens.kala ...
Adrif replied at 28-10-2021 09:36 PM
kalau dekat tempat kita, mungkin orang dah angkat sepanduk untuk melindungi guru tersebut
sebab gur ...
ADVERTISEMENT