CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlampau Miskin, Lebih Sanggup Hamil Daripada Beli Tuala Wanita

28-10-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8953| Komen: 137

Kuantan: Remaja perempuan daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah sanggup mengandung sembilan bulan kerana dalam tempoh itu mereka tidak perlu membeli tuala wanita.


Situasi sedemikian berlaku khususnya di kawasan pedalaman ekoran ‘kemiskinan haid’ di mana seseorang wanita itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita akibat kemiskinan atau beban kewangan.

Perkara itu mungkin kedengaran janggal bagi kebanyakan masyarakat, namun, ia mimpi ngeri bagi beberapa kelompok berisiko termasuk wanita luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar dalam menghadapi hari-hari mereka didatangi haid.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Sanitary Bank Malaysia, Reena Awliyatul Imani Reezal Merican berkata, akibat kemiskinan haid, golongan wanita khususnya remaja perempuan sanggup mengambil jalan mudah dengan mengandung.

Bantuan tuala wanita, Foto: Utusan


“Apabila mengandung, mereka fikir selama sembilan bulan tidak perlu beli tuala wanita tanpa memikirkan perkara-perkara lain yang perlu dibelanjakan kelak apabila mereka sudah melahirkan anak.

“Itu belum lagi ambil kira soal anak yang dilahirkan itu sama ada sah taraf atau tidak. Tapi inilah situasi yang berlaku apabila isu kemiskinan haid membelenggu golongan terbabit,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Keluarga Prihatin Malaysia (MKPM) dengan kerjasama Parlimen Wanita Muda menyampaikan sumbangan kepada lima buah sekolah rendah dan menengah di Felda Lepar Hilir di sini untuk projel kemiskinan haid.

Projek itu merupakan inisiatif yang digerakkan MKPM sebagai menyokong penubuhan Sanitary Bank Malaysia yang sedang diusahakan oleh Parlimen Wanita Muda.

Yang hadir sama, Presiden MKPM, Datin Seri Ismalina Ismail dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir, Asmaiani Nan.

Reena Awliyatul Imani yang juga Perwakilan Wanita Muda berkata, kerana kemiskinan haid, terdapat juga golongan wanita yang menggunakan surat khabar untuk dijadikan sebagai tuala wanita.

“Mereka langsung tidak fikir bahaya kepada diri mereka, ini kerana surat khabar mempunyai karbon yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pada alat sulit mereka serta boleh menyebabkan kematian.

“Selain itu, isu ‘kemiskinan haid’ juga menyebabkan remaja perempuan khususnya pelajar sekolah kerap ponteng sekolah kerana masalah dialami, ia sekali gus menjejaskan pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata, isu kemiskinan haid bukan sesuatu yang baharu, namun akibat rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu perkara yang tidak perlu untuk dibincangkan, ia terus menjadi barah dalam masyarakat.

“Kesedaran tentang kemiskinan haid perlu diwujudkan dalam kalangan masyarakat, pihak berwajib termasuk kerajaan supaya ia tidak dipandang sepi sebaliknya diberikan perhatian serius. Apa yang lebih utama, nasib mereka yang khusus remaja terkesan ekoran permasalahan itu terbela,” katanya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 28-10-2021 11:03 AM
kesiannyee
Quote upper_case 28-10-2021 11:12 AM
Kan org dulu2 guna kain je ha.. apa yg payah sgt sampai kena mengandung. Nak mengandung dan kesannya tu lebih besar dari haid tanpa sanitary pad.
Quote ellejo 28-10-2021 11:20 AM
habis membela budak tak mahal ke??????
Quote krustykrab 28-10-2021 11:31 AM
upper_case replied at 28-10-2021 11:12 AM
Kan org dulu2 guna kain je ha.. apa yg payah sgt sampai kena mengandung. Nak mengandung dan kesannya ...

Tu.la pasal, kalau duk rumh je tk gi sekolah pakai.la kain..
Ke mengada2, duit yg ado tu buat beli topap phone, beli dadah..
Sb tu org suruh makpak merancang, bila dh tak de duit tp duk produce anak bederet camni la masaalahnya...basic necessities pun tk.blh nk.bgi kt anak2..
Quote 3chanceno 28-10-2021 11:32 AM
Kos Ada anak lebih mahal..kecuali dah bersalin baby dijual..

Mungkin ditempat lain pun ada kes begini..

Muntri  bahagian kanak2 & wanita komen pls
Quote angelofish 28-10-2021 12:11 PM
pelik nya.zaman dulu ok je
Quote nellyberry 28-10-2021 12:22 PM
Kes ni dulu dah pernah org argue kat twitter. Masa tu si rambut putih pengacara Astro tu yg viralkan (lupa nama dia).

Depa (yg miskin ni) lagi fikir short term solution, contohnya at least utk 9 bulan masa mengandung tu depa tak payah beli pad. Yang beranak tu lain cerita pulak, dah beranak baru fikir.

Ada yg suruh guna kain, tp depa reply pulak takde air dan sabun utk cuci.
Ntahlah, mungkin cara depa fikir tak sama mcm kita fikir.
Quote makshu 28-10-2021 12:26 PM
errrr... bukan dah beranak tu nanti ada darah nifas pulak ke? dekat sebulan jugak tu.. kena jugak pakai pad..???? tambah lagi dengan kos beli pampers anak pulak..
Quote Thunderclouds 28-10-2021 12:27 PM
Zmn 70an 80an dlu pad ni brg luxury. Duduk kg lg la kenai pad sanita dlm kotak tu ja. Tu pn hanya mampu beli 4 5 keping nk pki p sek ngn wat spare. Most times pki kain. Xnmpak apa relevent dok branak semata2 nk jimat kos beli pad.
Quote mamajawie 28-10-2021 12:32 PM
Masha Allah, wujud lagi ke orang miskin tegar camni?dorang ni warganegara ke?
Quote copy_paste 28-10-2021 12:32 PM
krustykrab replied at 28-10-2021 11:31 AM
Tu.la pasal, kalau duk rumh je tk gi sekolah pakai.la kain..
Ke mengada2, duit yg ado tu buat beli ...

ye setuju,
perancangan keluarga tu penting kalau x mampu miliki anak ramai,


Quote kechikchomel 28-10-2021 12:32 PM
erkkkk...dah beranak nanti lagiiii banyak nak pakai duit. ke lepas beranak anak tu bagi kat orang? (iolss dah overthinking dah ni)
OT sikit : s/u tu anak reezal merican ke?
Quote mizzmimi 28-10-2021 12:32 PM
nellyberry: Kes ni dulu dah pernah org arg ...


miskin ilmu memang menyukarkan hidup
Quote copy_paste 28-10-2021 12:34 PM
dah mcm masyarakat negara miskin kedenganrannya,sampaikan sanggup hamil dari beli pad,
ape ke jenis pemikiran mcm tu,
Quote edayildiz 28-10-2021 12:34 PM
kesiannyaaa..tp tu la..kalau beli yg libresse tu ada 16pcs tu bawah rm10..let say sebulan tu 5 hari...so 15 pcs kalau sehari 3 kali tkr..
pakai kain alas lg jimat..
kalau mengandung lg byk nk pakai duit
Quote copy_paste 28-10-2021 12:35 PM
Thunderclouds replied at 28-10-2021 12:27 PM
Zmn 70an 80an dlu pad ni brg luxury. Duduk kg lg la kenai pad sanita dlm kotak tu ja. Tu pn hanya ma ...

mungkin alasan je kot sbb keterlanjuran,
mcm x munasabah je alasan tu, ada anak kos lg tinggi la nak hidup...
tp mungkin dia fikir ada anak nt ada la rezeki dtg bergolek
Quote copy_paste 28-10-2021 12:39 PM
edayildiz replied at 28-10-2021 12:34 PM
kesiannyaaa..tp tu la..kalau beli yg libresse tu ada 16pcs tu bawah rm10..let say sebulan tu 5 hari. ...

itu hang yg kira,
depa kira nt dpt anak,lagi byk rezeki,
buat apa bazir duit beli pad ,baik mengandung,xyah beli pad 9 bulan dah jimat,nt anak lahir dpt lagi rezeki./...
Quote edayildiz 28-10-2021 12:46 PM
copy_paste replied at 28-10-2021 12:39 PM
itu hang yg kira,
depa kira nt dpt anak,lagi byk rezeki,
buat apa bazir duit beli pad ,baik mengan ...

kesiann kat ankkk le..dh miskin baik xyah beranakk..baby yg lahir berhak bahagia gituh..bkn tahu beranak jer
Quote kotakominami 28-10-2021 12:55 PM
Tak paham..abih org yg ngandungkan dia tu tak tanggungjawab ke ? Takpon pakai je kain batik, koyakkan , lipat pastu nanti dah guna boleh basuh pakai semula.....librease pon selalu bg free sample boleh minta. Gugel jer..

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.039527 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top