Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun memberi teguran kepada kaum wanita agar tidak terlalu obses mengikut trend di media sosial.
Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, golongan wanita Islam tidak kira tua ataupun muda perlu mengelak membuat kandungan dengan aksi berjoget atau menari di mana-mana platform media sosial. “Duhai wanita Islam, yang tua atau muda, atas apa tujuan, elak, delete dan berhentilah buat content dengan aksi joget atau tarian ya. “Sama ada simple atau beria, ringan atau berat, dedah atau tutup aurat, semua sama sahaja. Malu itu iman,” katanya.
Hantaran itu ternyata mendapat sokongan daripada orang ramai susulan kini terdapat banyak trend pelbagai jenis tarian di media sosial. “Terima kasih ustazah. Semoga kita dan umat Islam semua tidak terpengaruh. Semoga semua di bawah lindungan Allah,” kata Sabariah. “Terima kasih atas nasihat tanda sayang ustazah kepada kami. Mohon juga ustazah berganding bahu menegur marketing-marketing berunsur lucah. Banyak lagi cara lain boleh difikirkan untuk buat. Hanya kerana untung, janganlah membelakangkan syariat,” kata Amni. “Ramai terlalu mudah terpengaruh. Semua nak ikut, bangga tanpa rasa malu. Semoga diberikan taufik dan hidayah,” kata Norma. Sehingga kini, hantaran itu telah dikongsi lebih 11,000 kali dan lebih 49,000 tanda suka. -CARI Sumber: Kosmo
|
sukacactus replied at 28-10-2021 10:53 AM
Stok2 introvert, muka sdr pun jarang keluar socmed, kalau berjoget tu alamat xberapa lama dah tu:lol ...
krustykrab replied at 28-10-2021 11:33 AM
Dia ni patut pi nasihat lopak tu..jgn duk tergedik2 dpn kamera lagi since dh bertutup litop mcm ninj ...
krustykrab replied at 28-10-2021 11:33 AM
Dia ni patut pi nasihat lopak tu..jgn duk tergedik2 dpn kamera lagi since dh bertutup litop mcm ninj ...
MeghanK replied at 28-10-2021 12:02 PM
iols terkejut tengok kawan iols yang tudung labuh mengata iols dengan lagu rock tiber menari goyang2 ...
ultra78 replied at 28-10-2021 12:37 PM
Apa username dia?
Kurex replied at 28-10-2021 11:17 AM
Hari tu ada cerita pasal dia, semalam pun ada, hari ni pun ada.. semak
MeghanK replied at 28-10-2021 12:41 PM
takleh bgtau..dia wife orang anak 3
c===8 replied at 28-10-2021 12:12 PM
market slow sakan porem ye
ultra78 replied at 28-10-2021 12:50 PM
Amboi. Mak budak pun berjoget jugak dlm tiktok...
Saya layan video kucing aje dlm tiktok
ADVERTISEMENT