CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkut 23 Ahli Keluarga Pergi Dating, Akhirnya Kena Bayar Bil Makanan RM12857 Sendiri

27-10-2021 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10425| Komen: 98

Beijing – Helah seorang wanita yang membawa bersama 23 orang ahli keluarganya ke sebuah janji temu dengan seorang lelaki untuk menguji sifat pemurah lelaki itu tidak menjadi apabila dia akhirnya terpaksa membayar sendiri bil makanan yang dipesan berjumlah AS$3,100 (RM12,857) lapor akhbar New York Post semalam.


Menurut laporan akhbar tempatan Taizhou Evening News, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu keluar berjanji temu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Lui di sebuah restoran yang terletak di wilayah Zhejiang.

Akhbar itu turut melaporkan, ibu Lui telah mengatur temu janji tersebut kerana bimbang dengan anaknya yang masih solo.


Gambar Hiasan, Getty Images


Bagi membuatkan pasangannya kagum, Lui pada awalnya bersetuju untuk membayar makanan untuk janji temunya itu, tanpa mengetahui bahawa wanita itu membawa bersama ahli keluarganya yang lain.

Lui bagaimanapun meminta wanita itu dan keluarganya untuk membayar bahagian mereka.

Menurut pasangan Lui, dia berbuat begitu kerana mahu menguji sifat pemurah Lui sebelum memutuskan untuk menjalin hubungan dengan lelaki itu. – CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 26-10-2020 01:56 PM
mcm dlm cite p.ramlee je
yg dia tekel bdk pompuan ni,pastu ajak gi dinner
skali dia angkut semua adik beradik dia
Quote Artemesiaa 26-10-2020 01:56 PM
Dah macam dalam pilem P Ramlee kesahnya
Quote eplasbpafree 26-10-2020 02:01 PM
hahaha.. ini kelakar...
Quote AshKetchum 26-10-2020 02:03 PM
hanat sangat perangai kan? padan muka ko betul2 blind jadinya tak nampak ke mana laki tu dah cabut
Quote R2D2 26-10-2020 02:03 PM
cite P Ramlee?
tajuk apa
Quote R2D2 26-10-2020 02:08 PM
perbezaan jumlah lelaki di China

di China pula, terdapat lebihan 42 juta lelaki melebihi wanita.

Quote AshKetchum 26-10-2020 02:11 PM
yang family member pun sama hanat. jadah nya sampai 23 orang nak menyemak kat blind date? memang mintak nak di blind kan ke mata tu sekor sekor?
Quote sarah82 26-10-2020 02:16 PM
Hari tu kes burger.. Ni kat tanah leluhur bangsa suci terus
Quote Decaffeinated 26-10-2020 02:18 PM
As usual aku percaya cerita ni tak lengkap sebab nak bagi sensasi.

Ada lah part yang dorang sorok kasi nampak bodoh dan menghiburkan.
Quote bizsarii 26-10-2020 02:21 PM
aku pernah kena dgn orang Kuantan,

ajak makpak sekali makan tengah hari sekali turun kat 15 orang
makan steak nasib baik aku bawa duit cukup.Dah cinta bayar jelah.
Quote kaoru44 26-10-2020 02:44 PM
Edited by kaoru44 at 26-10-2020 02:45 PM
R2D2 replied at 26-10-2020 02:03 PM
cite P Ramlee?
tajuk apa


Bujang lapok..yg ada normadiah (tuan rumah)..
Ini...[youtube]WseiYWzuRUs[/youtube]
Quote krustykrab 26-10-2020 02:44 PM
bizsarii replied at 26-10-2020 02:21 PM
aku pernah kena dgn orang Kuantan,

ajak makpak sekali makan tengah hari sekali turun kat 15 orang ...

Kawin tak?
Quote insulin 26-10-2020 02:46 PM
Memang malang nasib kalau terkena benda2 macam ni.
Quote R2D2 26-10-2020 02:52 PM
kaoru44 replied at 26-10-2020 02:44 PM
Bujang lapok..yg ada normadiah (tuan rumah)..
Ini...

tq tuan
hampir terlupa cite ni


Quote bizsarii 26-10-2020 03:00 PM

tak sbb dia sambung study aku pulak kena transfered.

Tap aku tak rasa rugi atau marah.. masa bayar makan tu malah tak kesah dan tak fikir apa2 pun.

kini dia Dr di Kuantan
Quote kemaruk 26-10-2020 03:04 PM
bizsarii replied at 26-10-2020 03:00 PM
tak sbb dia sambung study aku pulak kena transfered.

Tap aku tak rasa rugi atau marah.. masa ba ...

tak rasa rugi sebab dah "rasa" kankankan
Quote ninja9 26-10-2020 03:08 PM
hahah.. kelakarlah.. kesian lah lelaki tu.

makan apa sampai berbelas ribu. 12,347bahagi 23 lebihkurang 536 ringgit seorang... ni mesti makan restoran mahal, nasib lelaki tu lari.. . aku perna tengok documentary dichina ni ada restoran yang murah tetapi yang harga mahal mcm tu pun ada...
Quote ninja9 26-10-2020 03:11 PM
bizsarii replied at 26-10-2020 02:21 PM
aku pernah kena dgn orang Kuantan,

ajak makpak sekali makan tengah hari sekali turun kat 15 orang ...

ni bukan blindate kan? ... ini kalau nak bawa saudara mara patut bagi taulah. dia nak test orang kedekut ker tak kot..berapa kena
Quote R2D2 26-10-2020 03:13 PM
bizsarii replied at 26-10-2020 03:00 PM
tak sbb dia sambung study aku pulak kena transfered.

Tap aku tak rasa rugi atau marah.. masa ba ...

kuota lelaki 4
ada lagi tu
gi la hospital kuantan

jumpa dia balik


Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.081273 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top