Kekurangan yang ada pada diri, bukan satu halangan penyanyi baharu Dinie Rashid untuk terus mengejar impiannya berjaya dalam bidang nyanyian.
Walaupun ada segelintir pihak menuduhnya menipu memegang gelaran Orang Kelainan Upaya (OKU), Dinie, 29, berkata mungkin mereka tidak faham mengenai masalah penglihatan yang dihidapi selama ini. Dinie memberitahu dia disahkan mengalami 'molecular dystrophy' yang mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak sehingga membataskan kemampuan penglihatannya. "Sebelum ini saya pernah dicop menipu (buta). Kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini? Jadi penjelasan itu bukan nak merendah-rendahkan keupayaan diri tetapi untuk maklumkan kepada yang belum kenal saya.
"Malah sebelum ini saya sertai program televisyen dan ada isi masa bermain futsal sebab ada juga futsal yang disertai individu yang cacat penglihatan... ada yang kritik kata tak nampak tapi main futsal, ada kata mana boleh orang tak yang tak nampak pegang telefon bimbit. "Jadi saya rasa ada tanggungjawab untuk berikan pemahaman kepada orang luar. Saya percaya ada yang ingat OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada individu yang totally blind sahaja," katanya kepada mStar.
|
fara_lily replied at 28-10-2021 05:24 AM
I dengar pasal dia ni masa sedang driving n dengar radio... Dia ada kumpulan . Tp x ingat namanya ap ...
winky1 replied at 28-10-2021 07:00 AM
Mmg ada kes mcm ni... Dan makin lama makin terok. But doesn't mean kena duduk harap bantuan... Mcm2 ...
ADVERTISEMENT