CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak-Anak Perempuan Terpaksa Dijual Untuk Dikahwinkan Akibat Kebuluran

27-10-2021 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2501| Komen: 20

Qala-I-Naw: Fahima sudah menangis berulang kali sejak suaminya menjual dua anak perempuannya untuk dikahwinkan, sebagai usaha menyelamatkan diri daripada kemarau yang melanda barat Afghanistan.


Tanpa menyedari perjanjian itu, Faristeh yang berusia enam tahun dan Shokriya yang berusia 18 bulan, duduk di sebelah ibu mereka di dalam khemah untuk individu yang hilang tempat tinggal.

Foto: AFP

"Suami saya maklumkan, jika anak perempuan kami tidak diserahkan, kami semua akan mati kerana tiada makanan.

"Saya rasa bersalah menyerahkan anak perempuan saya untuk mendapatkan wang," kata Fahima yang menceritakan perkara itu, yang kini terpaksa menjadi pilihan ribuan keluarga Afghanistan.


Anaknya yang berusia enam tahun dijual pada harga AS$3,350 (RM13,900), manakala yang paling muda berharga AS$2,800 (RM11,618).

Jumlah itu dibayar secara ansuran dalam tempoh beberapa tahun sehinggalah tiba masa untuk kedua-dua kanak-kanak itu berpindah ke rumah keluarga baharu mereka, dan bertemu bakal suami yang juga di bawah umur.

Perkahwinan kanak-kanak diamalkan di Afghanistan sejak ratusan tahun lalu, namun peperangan dan kemiskinan akibat bencana alam menyebabkan banyak keluarga memilih untuk menjual anak pada usia yang semakin muda.

Semalam, Program Makanan Sedunia menjangkakan lebih separuh populasi Afghanistan, iaitu sekitar 22.8 juta penduduk, akan berdepan kekurangan bekalan makanan yang kritikal bermula bulan depan.

Di Qala-i-Naw, iaitu pusat wilayah Badghis yang menjadi antara kawasan paling teruk terjejas dengan kemarau, masih terdapat rasa malu dan sedih dengan situasi itu.

Pemimpin kampung dan kem bagi individu yang hilang tempat tinggal memaklumkan, jumlah gadis muda yang mengikat tali pertunangan mula meningkat sejak kebuluran pada 2018, dan melonjak tahun ini akibat kemarau. - CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 27-10-2021 08:54 AM
Oh ingatkan pd umur tu kena jual bg kat org lain . Then ingatkan kena jual utk dikorbankan sbb dia ckp nanti kebuluran. Rupanya bila dah matang baru serahkan. Ok la tu, duit pon dpt byk. Menantu pon dpt. dpt menantu muda bukan tua
Quote missbigrockstar 27-10-2021 09:26 AM
anony-mous replied at 27-10-2021 08:54 AM
Oh ingatkan pd umur tu kena jual bg kat org lain . Then ingatkan kena jual utk dikorbankan sbb dia c ...

Ha aku pun cuba sedapkan hati mcm points ko kata ni.
Tapi still kesian juga lah rakyat Afghanistan as a whole
Quote tumpanglalu74 27-10-2021 09:28 AM
Gudlak with dat..
Quote mdhelmi 27-10-2021 09:45 AM
kesian jugak
budak2 dahla taktau pape tau2 kene jual
dah besar nanti minat kat orang lain tapi sebenarnya dah kene beli
Quote krustykrab 27-10-2021 09:51 AM
anony-mous replied at 27-10-2021 08:54 AM
Oh ingatkan pd umur tu kena jual bg kat org lain . Then ingatkan kena jual utk dikorbankan sbb dia c ...

Bila masing2 dah besor nnt, tak suka pula dgn pilihan org tua..nk kna bayar balik ke camner tu.

Ini la kot org ckp anak2 tu rezeki, takde apa.dh nak.dijual, jual la.pulak anak2..lps takde anak2 jual la pulak organ2 badan...elok bunuh diri lagi elok kot
Quote Skuau 27-10-2021 12:13 PM
Adik manis..sini mari Malesia,sini Langkawi la..kita kawen-Rohingya
Quote copy_paste 27-10-2021 12:18 PM
kecik2 dah dijodohkan,siap dpt duit lagi
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 02:17 PM
Hmmmm... Yang penting beranak untuk sale yach
Quote anony-mous 27-10-2021 03:19 PM
krustykrab replied at 27-10-2021 09:51 AM
Bila masing2 dah besor nnt, tak suka pula dgn pilihan org tua..nk kna bayar balik ke camner tu.

I ...

Ckp je dkt ank tu, pilih sendiri pon belum tentu happy
Quote anony-mous 27-10-2021 03:22 PM
missbigrockstar replied at 27-10-2021 09:26 AM
Ha aku pun cuba sedapkan hati mcm points ko kata ni.
Tapi still kesian juga lah rakyat Afghanistan ...

Yes i cuma bg komen utk sedapkan hati but as a whole mmg kesian hidup melarat mcm tu
Quote KamikuP 27-10-2021 03:57 PM
Sedihnya la hai hidup org Afghanistan ni tak pernahny aman
Quote nononcrux 27-10-2021 04:05 PM
gamaknya, otak yang pikir business confirm jadikan perempuan kilang buat bayi
Quote cmf_Strawberry 27-10-2021 04:09 PM
Di afghanistan ni kanak-kanak lelaki ke perempuan ke tetap jadi mangsa. Sedih..
Quote Artemesiaa 27-10-2021 04:12 PM
Sekatan ekonomi bukan pemerintah je terkesan tapi kesannya lebih parah pada penduduknya sendiri
Quote edayildiz 27-10-2021 07:35 PM
kesiann hidup dorg ni
Quote becir 27-10-2021 11:41 PM
Budak pempuan mmg dari dulu hidup ditekan by loser parents. Berkorban hidup nak kasi adik2 makan, sekolah or kayakan parents.
Quote cmf_premierleag 28-10-2021 12:33 AM
Kesian
Elok la kalo sapa ada education tu, pi la migrate duk negara yg bertamadun
Duk negara lain, keje bagus2
Takyah balik afgan lg
Quote sukacactus 28-10-2021 06:29 AM
Harap dah jual yg 2 tu, tak breed ank lain utk di jual lg ye
Sesedap rasa je kan
Quote stingersyokkk 28-10-2021 08:15 AM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2021 09:28 AM
Gudlak with dat..

Maskawen boleh hutang kheunz?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.051669 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top