CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Razak Dapat Kebenaran Pulangkan Pasport Lewat

26-10-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2009| Komen: 15

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjaya meminda tarikh pemulangan pasport antarabangsanya selepas tiga Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonannya.


Dengan kebenaran tersebut, Ahli Parlimen Pekan yang akan ke Singapura untuk melawat anak perempuan yang dijangka bersalin awal bulan depan pada 21 November ini, boleh memulangkan pasport pada 6 Disember 2021.

Mahkamah Rayuan sebelum ini membenarkan Najib mendapatkan dokumen perjalanannya daripada 20 Oktober lalu dan perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 22 November ini.

Foto: Utusan

Najib sebelum ini dijadualkan untuk ke Singapura pada 3 November dan kini hanya akan ke negara jiran itu pada 22 November ini iaitu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan dua hari sebelum itu.


Pada Jumaat lalu, Najib memfailkan notis usul memohon untuk meminda tarikh pemulangan pasport kerana perlu menggantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada kempen PRN Melaka.

Ahmad Zahid akan berlepas ke Munich, Jerman untuk mendapatkan rawatan bagi sakit belakang dan leher sehingga 21 November ini. Pasport antarabangsanya akan dipulangkan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu hari ini.

Selain Ahmad Zahid dan Najib, turut diberikan kebenaran untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa masing-masing ialah Datin Seri Rosmah Mansor yang juga akan ke Singapura untuk melawat anak dan terbaharu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang akan ke Amerika Syarikat bagi menguruskan pengajian anaknya di The New School Parson, New York.

Semua individu tersebut kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam atas pelbagai pertuduhan termasuk rasuah dan pengubahan wang haram.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan tersebut selepas pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P. Kunyalam, Mohd. Ashrof Adrin Kamarulan dan Shafiq Hasim tidak mengemukakan sebarang bantahan memandangkan tarikh-tarikh perbicaraan dan sebutan kes yang dihadapi Najib telah diberikan tarikh baharu.

Di hadapan Hakim Mohamed Zaini, Najib dibicarakan bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Tujuh saksi pendakwaan termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu setakat ini.

Di hadapan Hakim Sequerah pula, Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Najib juga bakal dibicarakan bersama-sama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah di hadapan Hakim Muhammad Jamil atas atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 9 Disember ini. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 26-10-2021 12:48 PM
Malaysia boleh!!

Quote slavehunter 26-10-2021 12:53 PM
Year end Holidays. Nak Shopping Xmas gift.
Quote kaseh80 26-10-2021 01:00 PM
Day lama take shopping Le tu
Quote musangbodoh 26-10-2021 01:05 PM
terbaik...
Quote kelapaparut 26-10-2021 01:26 PM
kebabian sgt..
Quote Punat_button 26-10-2021 02:52 PM
somebody pls tell him pakai mask terkeluar hidung ni macam pakai spender terkeluar konek ya
Quote nolya 26-10-2021 04:10 PM
Sekali dikhabarkan Najib, Kak Mah anak-beranak dn cucu gi Kazakhstan, beralih angin kat sana.  Boleh kan?
Quote tripleid 26-10-2021 05:02 PM
Patutla nak sgt PH jatuh kann..

Quote rashiman 26-10-2021 05:08 PM
tripleid replied at 26-10-2021 05:02 PM
Patutla nak sgt PH jatuh kann..

mahkamah jiugak yg benarkan...
Quote midori_katana 26-10-2021 05:10 PM
Lepas ni dapat kebenaran apa pulak tak taulah..
Quote slavehunter 26-10-2021 05:22 PM
tripleid replied at 26-10-2021 05:02 PM
Patutla nak sgt PH jatuh kann..

Memang dah agak once Ishmel naik semua dapat Passport mereka balik, soon Kes mereka pun lepas.
Quote Decaffeinated 26-10-2021 05:30 PM
Kalau dah nak beranak bawak ketiak mak kenapa tak balik kampung mak bapak kena juga mak bapak yang tengah sibuk tunun naik mahkamah ni fly pergi obersi.

Siapa yang nak jumpa siapa ni?

Quote aziszai 26-10-2021 11:05 PM
Yg pelik dan jelek... masih ramai taksub dgn depa2 ni waima dah terang lagi bersuluh. Yg nyata makin mendabik dadalah skit lagi sbb "ana sudeh pegang itu negara lah" terkambuslah segala musibat...
Quote ejans 26-10-2021 11:10 PM
Reason semua tu x masuk akal. Kecuali zahid sbb sakit.
Mende anak masuk univ nak kena uruskan. Budak2 tu dah besor. Org gaji banyak. Bagi je lah org gaji uruskan. Dkt mesia pon bukan ko uruskan anak ponn
Quote -Suri- 27-10-2021 12:27 AM
Dia ni selalu tgk pakai mask tak betul

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.142796 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top