CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditolak Jadi Menantu, Dihina Bakal Mentua Sebab Hanya Jual Sayur

26-10-2021 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2449| Komen: 17

Jawa: Seorang penjual sayur pernah ditolak mentah-mentah oleh bakal mentuanya kerana menginginkan menantu yang mempunyai pekerjaan yang bagus.

Rosvita Dewi, 25, tidak mendapat restu untuk melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya akibat bakal mentuanya mahu calon isteri bagi anaknya yang bekerja sebagai Pegawai Negeri Awam (PNS).

Rosvita malah diminta tidak menganggu kekasihnya lagi, lapor Tribunnews.


Foto: Tiktok

Kisah itu dimuat naik dalam akaun TikTok sehingga ditonton lebih 400,000 kali.

Selepas tidak direstui calon mentua pada 2019, Rosvita akhirnya memilih untuk mengundurkan diri.

Dua tahun lalu, dia mengaku hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan.

Namun kini, berkat kesungguhan perniagaannya sudah berkembang dan mampu meraih jualan enam juta rupiah (RM1,755) sehari.

“Kadang-kadang mampu untung 700,000 rupiah (RM204), ada masa mampu untung sejuta rupiah (RM292) sekiranya jualan mencecah enam juta rupiah sehari,” katanya.

Rosvita berkata, pekerjaan apa sekalipun jangan dipandang sebelah mata kerana seseorang akan mendapat rezeki yang baik apabila berusaha keras. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 26-10-2021 11:23 AM
So, now jualan sayoq dah capai hampir 2k sehari, napa tak gi minang zazkia Gotik? Propa temberanh je penjual sayoq nih
Quote DayangKirana 26-10-2021 11:27 AM
jualan 6 juta, untung just sejuta? kecik jugak yer margin jual sayur?
itupun lepas sales 'berkembang'.. wonder how much his sales was 2 tahun lepas..
tak salah pon mak tu nak pilih yang terbaik utk anak nye..
demi kesenangan anak and cucu2 dia jugak.
Quote darkness 26-10-2021 01:08 PM
Alahai..siannya kau dik. Baik blah dari mertua yg suka merendah-rendahkan martabat anak org. Jodoh kau lebih baik dr anak lelaki kepada perempuan ni
Quote Artemesiaa 26-10-2021 01:17 PM
Kat tanah air ni pun apa kurangnya sebab tu ramai tak nak buat kerja buruh takut kena reject
Quote mamajawie 26-10-2021 02:11 PM
isu semasa ke ni reputs sedeyhhh oii?
Quote KIM.K 26-10-2021 02:16 PM
Nak calon stap gomen jugak
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:38 PM
Staff gomen only yachhhh
Loyer, majistret takmo ahli muzikkkk bak kata nyonya mansur
Quote Tokeybundle 26-10-2021 03:01 PM
Mana isu semasa nyeeee....
X hbs2 cedok berita dr seberang
Phuuuiiii
Quote midori_katana 26-10-2021 05:17 PM
Sayuq kat malaysia mahal…
Quote keane.somewhere 26-10-2021 05:36 PM
Sebab tu ke Kita kekurangan buruh dalam sektor pertanian
Quote keane.somewhere 26-10-2021 05:40 PM
Yang terkutuk tu penyamun wahai makcik dream on PNS
Quote edayildiz 26-10-2021 10:57 PM
Edited by edayildiz at 26-10-2021 11:22 PM

alah sedihnya kak..
Quote Adrif 27-10-2021 01:12 AM
aku tengok orang kampung aku, yang buat tanaman fertigasi, jual cili la, jual timun la, macam masyukk je diorang. pekerja pun ramai. tapi idok ler aku nak tanya gaji untung bulanan berapa. budak2 muda semua, dalam 30-an.

teringin jugak nak buat untung lebat macam tu, tapi katanya modal hiiii tak mampu teman..
pulak tu kalau nak buat banyak, kena gaji pekerja lagi. modal tak lebat, tumbang pokok weii
lagi2 musim hujan banjir ni.. tenggelam, naya pokok
Quote Cik_jantung 27-10-2021 02:01 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:14 PM

..........
Quote noell 27-10-2021 09:45 AM
pyropura replied at 26-10-2021 11:23 AM
So, now jualan sayoq dah capai hampir 2k sehari, napa tak gi minang zazkia Gotik? Propa temberanh je ...

neh mesti tak baca article sampah neh kan??penjual sayoq tuh pompuan buat hapa dia nak meminang pompuan plak??lesbo kah sis??

tp yg pasti reporter cari mmg sampah yg berada didlm kelas yg tersendiri
Quote Zack8hunter 27-10-2021 10:10 AM
bgs la kak.. kalau ko proceed kawen dgn jantantu belum tentu lagi bisnes ko boleh maju mcm sekrg..
Quote glump 27-10-2021 10:17 AM
Anak lelaki tu pendapatan ada ke nak menjadi suami .. sibuk2 nak tengok pendapatan si gadis.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.170323 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top