CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Takdir Yang Menakutkan,"- Wanita Lahirkan 3 Anak Pada Tarikh Sama

26-10-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1882| Komen: 7

Florida– Seorang ibu dari Florida, Amerika Syarikat melahirkan tiga orang anaknya pada tarikh yang sama sepanjang tempoh enam tahun lepas, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.


Kristin Lammert, melahirkan ketiga-tiga anak perempuannya pada tarikh 25 Ogos dengan berselang tiga tahun bermula 2015.

Anak pertamanya, Sophia, dikurniakan adik perempuan, Giuliana pada ulang tahun kelahirannya yang ketiga, dan pada 25 Ogos baru-baru ini, mereka mendapat adik perempuan baharu yang diberi nama Mia.

Foto: CNN

“Ketika melahirkan anak ketiga, saya amat terkejut dan ia bagaikan satu takdir yang menakutkan,” kata Lammert.


Tambahnya, dia dan suaminya sememangnya merancang untuk melahirkan Sophia pada tempoh masa tersebut, namun tidak untuk Giuliana dan Mia.

Kelahiran Giuliana hanya melibatkan perancangan untuk menjarakkan kehamilan selama tiga tahun, manakala Mia dirancang untuk dilahirkan selepas 1 September.

Selain itu, Lammert juga perlu menjalani prosedur mencetuskan kelahiran kerana menghadapi sedikit komplikasi sebelum melahirkan.

“Tarikh tersebut tidak dirancang. Doktor tidak akan mencetuskan kelahiran hanya semata-mata kerana tarikh itu kelihatan ‘cantik’,” kata Lammert.

Sementara itu, pakar obstetrik dan ginekologi Hospital Kesihatan Winnie Palmer untuk Wanita dan Kanak-Kanak, Dr. Christine Greves berkata, kejadian kelahiran pada tarikh yang sama itu adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat atau didengarinya.

“Apa yang kami tahu, fenomena ini adalah sesuatu yang amat jarang berlaku,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 26-10-2021 10:48 AM
Bukan bini ajak shiro tu pun beranak 3 kali pada tarikh yg sama tp tahun berlainan.
Semua normal lak tu.
Kiranya dia akan ngandung pada waktu yg sama juga la khen.
Quote TabletSusu 26-10-2021 10:55 AM
aku ada kwn sekolah.. dia adik beradik besday sama date. dia kata x best sbb setiap kali celebrate, kek 1 je, taruk 3 nama. hadiah pun x boleh demand
Quote Decaffeinated 26-10-2021 01:12 PM
dah ko induce ofkos lah boleh buat tarikh meneran yang sama

cuma kena plan sikit masa pembenihan ja

Quote Artemesiaa 26-10-2021 01:22 PM
Untunglah mak paknya tak perlu buat majlis sambutan hari lahir banyak kali
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:40 PM
Serentak celebration nyaaa senang laa
Quote missus_meow 26-10-2021 03:17 PM
kalo terlupa gak birthday, 3 org sedih ...
Quote Belibis 26-10-2021 03:19 PM
Apa yang menakutkan??

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.063146 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top