CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibuang Ibu Sejak Bayi- Remaja Tiada IC, Tak Boleh Pergi Sekolah

26-10-2021 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2829| Komen: 35

Pontian – Disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan, seorang remaja yang tinggal bersama ibu angkatnya di Kampung Ayer Baloi di sini tidak dapat menyambung pelajaran di pe­ringkat sekolah menengah.


Menurut Rokiah Yudik, 64, dia menjadikan Muhammad Faiz Naqqiudin Abdullah, 13, sebagai anak angkat sejak remaja itu berusia tiga hari.

Katanya, anak angkatnya itu lahir pada 16 Oktober 2008, dan diserahkan kepadanya oleh seorang wanita.


Foto: Kosmo

“Ketika itu saya tinggal di Bandar Ulu Tiram, Johor Bahru, kerja ambil upah mengurut ibu baru lahir.


“Saya pun tidak sangka seorang wanita berusia 24 tahun datang berjumpa saya untuk mengurut sebelum tiba-tiba menyerahkan bayinya kepada saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ayer Baloi di sini baru-baru ini.

Tambah Rokiah, sebelum ini ketika tinggal bersama anaknya di Kuala Lumpur, Muhammad Faiz telah bersekolah di sebuah sekolah rendah di Ampang dengan menggunakan sijil kelahirannya.

Jelasnya, apabila memasuki sekolah menengah, pihak sekolah meminta kad pengenalan, namun dokumen tersebut tiada kerana anak angkat saya belum mendaftarnya di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Untuk mendapatkan kad pengenalan, saya perlu me­nunjukkan surat hak penjagaan Muhammad Faiz daripada ibu kandung sebagai bukti, tetapi saya tiada surat itu,” ujarnya.

Rokiah yang merupakan seorang ibu tunggal berkata, semasa penyerahan Muhammad Faiz, hanya ada dokumen sijil kelahiran dan kad rawatan ibu mengandung dari sebuah Klinik Kesihatan di Johor Bahru.

Menurutnya, rekod pada Sijil Kelahiran mencatatkan nama ibu Muhammad Faiz sebagai Siti Marliana Hassan yang beralamat di No. 24, Jalan Nilam 19, Taman Nilam, Ulu Tiram.

Justeru, Rokiah berharap orang ramai yang mengetahui di mana Siti Marlina Hassan boleh menemuinya di Kampung Ayer Baloi, Pontian, Johor atau berhubung melalui 017-7880503. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zehra2 26-10-2021 10:14 AM
nama ibu dah terpampang gitu.. tkde ke belas kasihan pd anak tu.. tkde ke sekelumit kasih sayang.. ko bwk dlm perut 9 bulan. biarlah dia hidup  berdikari.. anak lelaki. dia boleh hidup dgn mak angkat  yg dah besarkan dia dgn baik.
mokcik tu 64 tahun.. tkde kudrat dia nak ke sana sini uruskan budak ni.
pendidikan percuma tu mmg sampai sekolah rendah je. dah menengah kena byr  levi kat PPD. tk sampai 200 pun. tp IC tu yg  penting. budak tu ada mak kandung nya.  warga negara ler harapnya.
Quote noor2 26-10-2021 10:24 AM
Tolongla kerajaan mudahkan hidup budak ni...jgnla menyusahkan dia nk bersekolah....
Quote krustykrab 26-10-2021 10:37 AM
Harapnya adik ni nnt jaga & sayang la ibu angkat tu dgn baik2...jgn jd mcm sorg yg kau kenal, kurang ajar dgn family angkat yg jaga sejak kecik, sanggup menyumpah & angkat tangan kat family yg bersusah payah.besarkn dia sejak bayi. Anaku sazali.betoi..kecik2 tarak.mampos
Quote manzilla 26-10-2021 10:39 AM
Kita senasib...
Quote milafida 26-10-2021 10:44 AM
I pernah hadap benda angni tapi Mak angkat yg can bawak lari anak org budak bijak tapi tak sekolah. Bila ckp kat mak angkat byk alasan. Tapi mmg Mak betul dia cari la. I dpt contact mak dia then arrange bawa budak tu without pengetahuan Mak angkat
Quote ufc148 26-10-2021 10:50 AM
Ya Allah... permudahkan lah
Quote tobobon 26-10-2021 11:13 AM
Sijil kelahiran dah ada. Kenapa mak angkat tak bawa budak tu pegi jpn terus? Mmg kena mak betul ker bawak adik ni buat IC?
Quote hareeeesah 26-10-2021 12:57 PM
tobobon: Sijil kelahiran dah ada. Kenap ...


Nak surat mahkamah tu mengesahkan mak dia bagi mak angkat..
Quote nononcrux 26-10-2021 01:53 PM
tobobon replied at 26-10-2021 11:13 AM
Sijil kelahiran dah ada. Kenapa mak angkat tak bawa budak tu pegi jpn terus? Mmg kena mak betul ker  ...

betul juga, tapi JPN mintak ibu kandung dtg sekali kot untuk pengesahan.. ke cmner? atau boleh ke bawah 13tahun buat IC bukan dengan penjaga?
Quote Artemesiaa 26-10-2021 01:57 PM
Jarang mak kandung nak datang bantu bila ada kes macam ni maknya pasti dah move on dah tak nak ambil tahu perkara dulu lagi
Quote Skuau 26-10-2021 02:33 PM
udah tau alamat ibu kandung..dh kenapa tak pi cari je ke sana???????
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:41 PM
Kesiannya
Quote tobobon 26-10-2021 02:52 PM
nononcrux replied at 26-10-2021 01:53 PM
betul juga, tapi JPN mintak ibu kandung dtg sekali kot untuk pengesahan.. ke cmner? atau boleh ke  ...

Tulah..maybe jpn minta surat pengesahan penjaga kot..makcik ni pun orang kampung..sheols mungkin tak tau kalau nak pelihara anak angkat kena ada surat pengesahan bagai
Quote missus_meow 26-10-2021 03:08 PM
sian budak ni ... ke manalah pergi ibunya ... sijil lahir bin abdullah ... adekah ...? ape2 pon moga dipermudahkan urusan adik ni dan ibu angkatnya ...
Quote menjad 26-10-2021 03:13 PM
Ramai jer budak² yg jadi mangsa macam nih... Sekolah lama aku dulu siap cikgu2 pakat kumpul duit supaya bapaknya gi buat surat beranak... Tapi hampa duit amik tapi tak pergi punnn... Budak tuh pun dah 20 an dah... Buat ajer lah keje kmpung...  Kesian betul
Quote Belibis 26-10-2021 03:17 PM
noor2 replied at 26-10-2021 10:24 AM
Tolongla kerajaan mudahkan hidup budak ni...jgnla menyusahkan dia nk bersekolah....

Jangan risau..bab beksin takdenya tertinggal walaupun takde ic..
Quote Belibis 26-10-2021 03:17 PM
tobobon replied at 26-10-2021 11:13 AM
Sijil kelahiran dah ada. Kenapa mak angkat tak bawa budak tu pegi jpn terus? Mmg kena mak betul ker  ...

Ya..kena ada bapak,ic bapak masa buat ic..
Quote nononcrux 26-10-2021 04:05 PM
tobobon replied at 26-10-2021 02:52 PM
Tulah..maybe jpn minta surat pengesahan penjaga kot..makcik ni pun orang kampung..sheols mungkin t ...

ye la, memang patut cari balik mak kandung bdk ni sian lahai.. nak permudahkan mcm mana lagi? harap la keluarga terdekat dpt membantu memudahkan kerja org lain.. sikap mcm ni bukan salah kerajaan, ade garis panduan kalau nak ambil ank angkat.. hmm kalau carca marba punya sistem dah sama la mcm kastam malaysia tak firm.. ambil ank angkat tanpa pengesahan, bila nak buat IC salahkan kerajaan sbb menyusahkan.. salah siapa? kalau nak senang, sama-sama la kena kerjasama..kalau takda garis panduan, mcm tu ank PATI lahir semua boleh dapat IC malaysia la walau bukan PR asalkan lahir kat hospital Malaysia. boleh ke gitu adil tak?
Quote copy_paste 26-10-2021 04:07 PM
surat hak penjagaan tu yg xde,
kalau xde surat penjagaan xboleh buat IC ke,
aduiii payah jgk la

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.335991 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top