CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Didakwa Rogol, Samun Dan Lakukan Persetubuhan Luar Tabii

22-10-2021 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2648| Komen: 9

Butterworth: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap empat pertuduhan membabitkan jenayah persetubuhan luar tabii, rogol dan samun, 12 Oktober lalu.


Tertuduh, Zul Mazuan Zul Hilman @ Suresh Kumar, 25, minta dibicarakan selepas membuat pengakuan itu ketika kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama, Zul Mazuan didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan peraturan tabii terhadap seorang wanita warga Myanmar.

Pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan merompak sejumlah wang RM200 dengan menggunakan sebilah pisau terhadap mangsa yang sama.

Foto: Harian Metro



Bagi pertuduhan ketiga pula, lelaki terbabit turut didakwa merogol wanita warga asing itu dengan meletakkan sebilah pisau di leher mangsa.

Ketiga-ketiga kesalahan berkenaan didakwa di lakukan di sebuah rumah di No 14, Tingkat Kikik 2, Taman Inderawasih di Perai, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi.

Zul Mazuan didakwa melakukan tiga kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan.

Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara, Seksyen 392 Kanun Keseksaan pula, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Dalam pada itu, di mahkamah sama, lelaki itu turut berdepan dengan pertuduhan merompak RM200 mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan membabitkan mangsa seorang wanita warga tempatan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Medan Kikik 1, Taman Inderawasih di Prai, dekat sini pada 9 Oktober lalu, kira-kira jam 5.15 pagi.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humayrah Kamarulzaman dan Nur Fazliyana Ahmad memohon kepada mahkamah supaya tidak memberikan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh ekoran kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun, pihak peguam yang mewakili tertuduh meminta mahkamah membenarkan anak guamnya diberikan ikat jamin dengan memaklumkan bapa tertuduh sebagai penjamin.

Nor Aini kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhannya berjumlah RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap empat pertuduhan terbabit, selain meletakkan syarat bahawa tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sehingga perbicaraan kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 29 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 22-10-2021 03:18 PM
Aiyoo mmg bener le depa kata yg kelly ng suka main belakang
Quote kakikuDibibirmu 22-10-2021 04:16 PM
Urang mulayu pula suka tikam belakang
Quote keane.somewhere 22-10-2021 05:19 PM
kakikuDibibirmu: Urang mulayu pula suka tikam b ...


Luar tabii boleh jadi dia suruh hisap zakar, jilat telur dia.
Quote 3chanceno 22-10-2021 05:44 PM
Tak crita camna dia kena tangkap..musnahkan hidup sendiri yg masih muda
Quote Punat_button 22-10-2021 08:47 PM
BJ tu standard procedure sebagai pemanas badan kan ada ka yang terus tikam ja?

btw dia dah masuk islam boleh assume dah potong selamat lah sikit rohingya tu



Quote ipes2 22-10-2021 10:51 PM
kes rogol dan libatkan org yg mungkin boleh ditakutkan, tidak sepatutnya diikat jamin, kan? juga takut mereka lari kerana semua perbuatan mereka boleh bawa jail time up to 20 years if not more

in some countries, kdg2 ikat jamin is 1 million dollars etc jika OKT mungkin lari
Quote nakkomenjugak 24-10-2021 01:39 PM
Buat lagi benda bodoh
Thug life sangat
Menyusahkan orang!
Kalau kes2 gini memang akan ada ikat jamin ke camne?
Quote nononcrux 25-10-2021 10:09 AM
bodoh lahai perangai.. jijik
Quote tipah89 25-10-2021 11:00 AM
ziziksssnya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.053280 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top