CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Pedang Berusia 900 Tahun, Dipercayai Milik Tentera Salib

22-10-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2876| Komen: 28

Baitulmaqdis: Seorang penyelam amatur di utara Israel menemui sebilah pedang dipercayai berusia 900 tahun lalu dan dikatakan milik seorang tentera salib.

Pedang sepanjang satu meter itu ditemui Shlomi Katzin di perairan cetek di Haifa.

Dikatakan pedang yang terdapat di dasar laut itu kelihatan di permukaan akibat pergeseran pasir.

Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA) berkata, ia akan dipamerkan kepada umum selepas dibersihkan dan dianalisis.

Foto: Harian Metro

Perang Salib yang bermula pada 1095 dan selama beberapa abad, menyaksikan orang-orang Kristian Eropah melakukan perjalanan ke Timur Tengah untuk mencuba dan menguasai Baitulmaqdis.


Kobi Sharvit, yang mengetuai Unit Arkeologi Laut IAA berkata, pantai Carmel, lokasi di mana pedang itu dijumpai, pernah menjadi kawasan berlabuhnya kapal ketika ribut.

"Keadaan ini menarik banyak kapal dagang selama berabad-abad, meninggalkan penemuan arkeologi yang banyak.

"Penyelidik menganggap ia mungkin berkaitan dengan kubu tentera salib di Atlit.

"Senjata itu berat kerana batu-batu yang terlekat padanya dan ia adalah pedang besi dan sangat besar," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hashashes 22-10-2021 09:30 AM
Wow crusaders
Quote FOTHER-MUCKER 22-10-2021 09:53 AM
Betul ke 900 tahun?

Takan masih lagi berbentuk pedang kerana Besi + air laut.
Quote ninja9 22-10-2021 10:09 AM


besar pedang dia..
Quote ninja9 22-10-2021 10:11 AM
hampir sama tinggi dengan orang.. orang yang pakai ni mesti besar jugak
Quote ubat_batok 22-10-2021 10:36 AM

itulah kan..
Quote green~tea 22-10-2021 10:45 AM
ninja9 replied at 22-10-2021 10:09 AM
besar pedang dia..

Orang zaman dulu mmg kuat2 betul kan... orang zaman skang sado kat gym je... hahahaha bila tegur keluar suara kelempuk
Quote cmf_premierleag 22-10-2021 12:30 PM
lps keluar dr israel,on the way to petra akak singgah di kerak castle near dead sea sblh jordan.
kat situ ada la peninggalan ms zmn perang salib ni..ada hospital, gereja,kuarters etc
castle ni atas bukit
so kalo jmpe pedang ni, x heran le sbb mmg area2 situ le perang salib ni
Quote Belibis 22-10-2021 12:37 PM
FOTHER-MUCKER replied at 22-10-2021 09:53 AM
Betul ke 900 tahun?

Takan masih lagi berbentuk pedang kerana Besi + air laut.

Takkan israel nak menipuuuu..lain la bangsa lobai..tak gitewww??
Quote kakikuDibibirmu 22-10-2021 12:39 PM
Akak suka berlawan pedang atas katil
Quote pooh~key 22-10-2021 12:40 PM
green~tea replied at 22-10-2021 10:45 AM
Orang zaman dulu mmg kuat2 betul kan... orang zaman skang sado kat gym je... hahahaha bila tegur k ...

Salah bahan makanan zaman sekarang sis. Bukan salah dia sis. Makanan sekarang almost everything is genetically modified sisthorrr! Hampir semua bahan mentah ada phytoestrogen, which is mimicking hormon estrogen iaitu hormon korang lah sisthor! Hormon perempuan sisthor!!!! Sebab tu ramai lelaki sekarang kelempuk, siap pakej dengan bertetek sisthor!!!!
Quote naina 22-10-2021 12:41 PM
ninja9 replied at 22-10-2021 10:11 AM
hampir sama tinggi dengan orang.. orang yang pakai ni mesti besar jugak

Ada gambar tak besar dia hampir sama dengan orang
Quote green~tea 22-10-2021 12:43 PM
kakikuDibibirmu replied at 22-10-2021 12:39 PM
Akak suka berlawan pedang atas katil

Role play ke  cosplay ke
Quote kakikuDibibirmu 22-10-2021 12:46 PM
pooh~key replied at 22-10-2021 12:40 PM
Salah bahan makanan zaman sekarang sis. Bukan salah dia sis. Makanan sekarang almost everything is ...

Susu soya tersenyum sinis, selayaknya lah buat lelaki vegetarian
Quote mesmerize 22-10-2021 12:57 PM
wow agaknya knight of a shining armor punya.. macam dalam novel kisah cinta zaman2 medieval
Quote ultra78 22-10-2021 01:02 PM

Pedang zaman medieval europe mmg besar dan berat. Mereka guna 2 tangan disebabkan berat. Cara mereka bertempur pun dengan menghayun kepada lawan. Pedang yg kecil dan nipis pulak sesuai utk stabbing.

000_9PY3KR-e1634650644509-640x400.jpg

unnamed.jpg
Quote Skuau 22-10-2021 01:58 PM
bkn pedang excalibur ka???
Quote angelofish 22-10-2021 03:25 PM
dah masuk neraka dah tuan asal
Quote naina 22-10-2021 03:43 PM
Fuhh hebatla orang dulu2 berperang
Sekali hayun je tanggal kepala
Quote Firenzza 22-10-2021 03:53 PM
Respect org dulu2 beradu tenaga dlm perang siapa kuat mental fizikal dia menang. Perang skrg guna peluru tembak dr jauh mcm  x best jerr

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.193425 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top